5 hari rasa tak lalu makan, Aliff Syukri luah rasa lega dapat buat live semula dekat tiktok

Advertisements
Advertisements

Usahawan sensasi iaitu Datuk Seri Aliff Syukur akhirnya dapat menarik nafas lega apabila dia dapat kembali membuat siaran langsung atau ‘live’ di TikTok miliknya selepas lima hari disekat.  Menerusi hantaran di Threads, Aliff mengakui dia tidak lalu untuk makan dan berasa tertekan sepanjang lima hari TikTok disekat.  “Ya saya kembali selepas lima hari tak love. Syukur Alhamdulillah kepada pengurus TikTok saya, Qaisara yang membantu saya untuk mendapatkan balik saya punya TikTok.

Jujurnya lima hari saya tak nak makan, saya tak fokus dan saya rasa down sangat tapi rezeki saya Allah nak tolong saya,” kata Aliff.  Pada hantaran yang sama, Aliff juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong dan memberi kata semangat kepadanya ketika dirinya tertekan. 

“Terima kasih yang sokong saya, terima kasih yang banyak memberi semangat kepada saya ketika saya jatuh now I’m back,” katanya lagi.  Terdahulu, isteri kepada Aliff iaitu Datin Seri Shahida menafikan dakwaan sekatan siaran langsung akaun TikTok suaminya disebabkan penggunaan rakaman pra-rekod. Sekatan itu dipercayai berlaku kerana anak mereka, Yusoff, muncul dalam siaran langsung tanpa pengawasan orang dewasa. Aliff Syukri meluahkan rasa sedih apabila akaunnya disekat daripada membuat siaran langsung selama lima tahun sehingga 15 Julai 2031.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.