PERSONALITI media sosial yang juga bekas isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah meluahkan rasa kesal apabila segelintir pihak melabel dirinya sebagai ‘janda melaram’ selepas dia sah bercerai. Dr Afifah atau lebih mesra disapa Dr Fie, 36, berkata tanggapan serong masyarakat terhadap ibu tunggal itu menyebabkan golongan tersebut mudah menjadi sasaran kecaman netizen.
“Gelaran itu sebenarnya satu tekanan. Apabila orang nampak ibu tunggal yang suka berhias dan bersiap, ada sahaja yang cepat mahu menghukum. Kami hanya mahu meneruskan kehidupan dan mencari rezeki untuk anak-anak, jadi perkara ini agak kurang selesa. Kata-kata sebegini juga boleh mengganggu urusan pekerjaan kita, lebih-lebih lagi bagi orang yang menjalankan perniagaan macam saya,” katanya.
Dr Fie berkongsi perkara itu ketika ditemui pada kejohanan Blossom Rally Pickleball 2026 yang berlangsung di Tomaz Pickleball Club pada Ahad. Menurut Dr Fie, stigma negatif yang dilemparkan itu turut menyebabkan ada segelintir lelaki cuba mengambil kesempatan untuk mendekatinya dengan cara yang kurang disenangi.
“Ramai juga yang cuba mendekati saya dengan pelbagai cara sehingga saya sendiri tidak tahu siapa yang benar-benar ikhlas untuk berkawan. Ada juga yang sanggup datang ke tempat saya dengan alasan mahu menghantar makanan, tetapi pada masa sama sebenarnya mahu mencari saya.
Perkara sebegini membuatkan saya lebih berhati-hati. Bimbang nanti orang sekeliling mendakwa saya ini sejenis wanita yang senang pula untuk didekati,” ujarnya. Dalam masa sama, Dr Fie berkata episod perceraian bukan pengakhiran hidup, sebaliknya menjadi titik permulaan untuk bangkit. “Bagi saya, titik terendah itu adalah satu permulaan untuk saya bangkit. Sebagai wanita, bukan diri sendiri sahaja yang perlu difikirkan tetapi anak-anak juga bergantung sepenuhnya kepada kita.
Saya tidak mahu menyusahkan pihak bekas suami kerana sekarang ibunya sedang sakit. Biarlah dia fokus menjaga ibunya, dan saya pula fokus menjaga anak-anak kami,” jelasnya. Menyentuh soal pengganti, Dr Fie mengakui pintu hatinya masih terbuka untuk menerima kehadiran orang baharu namun meletakkan syarat enggan lagi menjalinkan hubungan cinta dengan individu yang terlibat dalam industri hiburan.
“Sementara belum ada yang melamar, saya akan berikan fokus sepenuhnya (go all out) pada kerjaya. Kalau sudah ada yang melamar nanti, itu lain ceritalah. Saya terbuka kalau ada yang datang, tetapi kali ini saya tidak mahu yang dalam industri hiburan. Pada usia sekarang, saya cuma mahukan kehidupan yang tenang dan seorang lelaki yang lebih matang,” katanya menutup bicara.
Sebagai rekod, Dr Fie dan Nubhan mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015 namun disahkan bercerai talak dua pada 2 Disember 2025. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.