Anak anak sangat beruntung ada datuk tiri, Shila Amzah zahirkan rasa syukur atas kehadiran bapa tiri

Advertisements
Advertisements

Penyanyi terkenal, Shila Amzah, menzahirkan rasa syukur atas kehadiran bapa tirinya, Brigadier Jeneral Zainal Abidin Muhammad Salleh, yang turut menjadi figura seorang datuk kepada anak-anaknya. Ketika ditemui, Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, 37, mengulas mengenai perkongsiannya di aplikasi Threads yang menyentuh tentang lagunya berkisarkan pengalaman membesar dalam ‘broken family’.

Menurut Shila, bukan dia seorang sahaja yang melalui pengalaman membesar dalam keluarga yang berpecah-belah, malah orang di sekeliling termasuk suaminya turut berdepan situasi yang sama. “Kami dikelilingi oleh anak-anak broken home yang juga merupakan kawan-kawan kami. Kalau ada apa-apa mereka akan datang ke rumah.

Orang selalu rasa cuma saya yang melalui semua ini. Tapi sebenarnya lagu ini, Ubai pun lalui. Orang selalu nampak dia bahagia je.” Shila berkata demikian ketika ditemui pada majlis Muzik Lab: Hab Kreatif Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40) di Mcdonald’s Pantai Sentral Park, Kuala Lumpur. Mengulas lanjut keadaan keluarganya kini, Shila memuji ibu serta bapa tirinya yang menjadi sosok hebat kepada anak-anaknya, Seth dan Rhea.

“Mak dan ayah tiri saya sangat hebat. Itu saja apa yang saya boleh katakan. Anak-anak saya sangat beruntung memiliki ‘step-up’ datuk.” Imbas kembali, Fauziah atau lebih dikenali sebagai Mama Zie mendedahkan dia dilamar Zainal Abidin selepas hanya sebulan berkenalan sebelum sah bergelar suami isteri pada 21 November tahun lalu.

Sekadar info, ibu kepada pelantun lagu Patah Seribu itu sah bercerai dengan penyanyi veteran, ND Lala, selepas 34 tahun mendirikan rumah tangga, yang mana diceraikan menerusi mesej di WhatsApp. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.