Penampilan pempengaruh dan pelakon Norreen Iman kini menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial selepas menjadi ibu tunggal. Norreen bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu dan meminta semua orang mendoakan yang terbaik untuk dirinya. “Doakan yang terbaik.. biar antara saya dengan Allah,” kata Norreen.
Ketika ditanya mengenai luahannya di Threads, Norreen berkata perkongsian itu merupakan rentetan daripada apa yang berlaku sebelum ini dalam kehidupannya. “My life is good. Saya rasa apa yang anda semua tengok dekat sosial media tu, saya rasa itu rentetan daripada apa yang pernah berlaku sebelum ni. Dan kalau anda nak tahu perkembangan tu, saya rasa semua semuanya baik.
Anak saya terjaga, ibu saya sihat, saya pun okay, rezeki pun okay, Alhamdulillah. Selain itu, saya rasa ia terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum. Apa yang dikongsikan itu saja. Saya tak terlalu terbuka untuk kongsi apa yang berlaku sekarang,” ujarnya lagi. Dalam pada itu, selebriti berusia 32 tahun ini memberitahu dia kini hanya ingin menjalani kehidupan bahagia bersama anak-anak sahaja.
“Kalau ada sesuatu yang ada provokasi secara indirectly, saya juga manusia biasa yang ada perasaan kan. Di satu tahap di mana saya rasa saya sepatutnya simpan semua benda, macam nampak buruk kita pula sebagai orang yang pernah bersama dalam satu hubungan. Sudah tentu kadang-kadang saya rasa mahu pertahankan diri. Tapi tak apa la, kita serahkan sajalah pada Allah.
Biar saya jalani kehidupan bahagia berdama anak-anak. Saya pun perlu bekerja demi sesuap nasi, sebab hidup di bandar ini tidak semudah itu. Apa nak jadi, jadilah. Saya gembira,” ujarnya. Untuk rekod Norreen Iman bercerai dengan Razzi dengan talak satu pada 21 Mei lalu dan penampilannya mula menjadi bualan selepas bercerai.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.