Pilih untuk berhijab sebagai hadiah paling bermakna buat suami, ramai yang mendoakan moga Shikin Maembong kekal istiqamah

Advertisements
Advertisements

Pelakon Shikin Maembong, menjadi perhatian ramai apabila memilih untuk berhijab sebagai hadiah paling bermakna buat suaminya Cat Farish sempena ulang tahun kelahiran ke-52 penyanyi itu. Momen penuh bermakna itu dikongsikan sendiri oleh Shikin menerusi satu hantaran di Instagram apabila memuat naik foto terbaharunya mengenakan hijab, disertakan kapsyen khas yang ditujukan kepada suaminya, pemilik nama sebenar Farish Ramli.

“Hadiah birthday suami, agak-agak abang @catfarish suka tak? Bismillah,” tulis Shikin ringkas namun sarat dengan makna. Penghijrahan Shikin itu menjadi lebih istimewa apabila ia berlaku hanya beberapa hari selepas pasangan berkenaan meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga pada 13 Julai lalu. Menjengah ke ruangan komen, Cat Farish turut meluahkan rasa syukur dan terharu dengan perubahan yang dilakukan isterinya itu, malah menyifatkannya sebagai hadiah paling bermakna sempena ulang tahun kelahirannya.

“My birthday and anniversary present,” tulis Cat sambil menyertakan dua emoji hati. Sebelum ini, Shikin juga pernah berkongsi ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga dengan meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan jodoh yang masih utuh hingga ke hari ini. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Julai 2023 dan kini membina sebuah keluarga bahagia bersama empat cahaya mata, terdiri daripada tiga anak hasil perkahwinan terdahulu Cat Farish serta seorang anak Shikin daripada perkahwinannya dengan bekas suami, Chef Riz.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *