Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abd Rahman belum memikirkan soal kembali menerajui parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) selepas beliau kekal dibebaskan daripada empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini. Sebaliknya, Syed Saddiq berkata, beliau kini mahu memberi tumpuan kepada fasa baharu dalam kehidupan iaitu membina rumah tangga selepas lebih sedekad memberikan komitmen sepenuhnya dalam arena politik.
Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas perjalanan politik yang bermula sejak 2014 menyaksikan beliau tidak pernah berhenti memperjuangkan perkara yang diyakininya. “Sejujurnya sekarang saya mahu fokus membina rumah tangga terlebih dahulu. Ini bukan jawapan selamat, ini jawapan yang jujur dan ikhlas, memang daripada hati ke hati.
Sejak saya mula berpolitik pada 2014 atau 2015, saya tidak berhenti. Dalam tempoh itu bukan saya seorang melaluinya, satu keluarga lalui perkara sama,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Muar, hari ini. Pada November 2023, Syed Saddiq mengumumkan keputusan mengosongkan jawatan Presiden MUDA bagi memberi ruang kepada dirinya membersihkan nama susulan sabitan hukuman yang dihadapinya ketika itu.
Beliau turut memaklumkan tidak akan terbabit secara langsung dalam politik MUDA sepanjang proses perbicaraan mahkamah berlangsung, namun kekal menyokong parti berkenaan sebagai ahli. Dalam pada itu, bekas Menteri Belia dan Sukan itu menegaskan beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan akan terus menjalankan amanah diberikan pengundi Muar.
“MUDA hari ini dipimpin oleh Amira Aisya (Abd Aziz). Ini bukan soal parti milik saya sahaja kerana ada proses pemilihan yang perlu dilalui,” katanya lagi. Syed Saddiq berkata, tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen serta ahli biasa MUDA akan terus dilaksanakan selagi Parlimen belum dibubarkan.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.