Kaut je selagi ada peluang, Syatilla Melvin jelaskan sebab dia pilih untuk aktif buat affiliate

Advertisements
Advertisements

Pelakon Syatilla Melvin menjelaskan mengapa dia masih memilih untuk melakukan pemasaran affiliate walaupun sudah mempunyai perniagaan sendiri. Menerusi satu hantaran di Threads, pemilik nama Siti Nur Syatilla Amirol Melvin berkata masih ada segelintir pihak yang mempersoalkan tindakannya itu kerana menganggap dia tidak lagi memerlukan pendapatan tambahan.

“Mungkin ada yang beranggapan, dah berduit, ada produk sendiri tapi kenapa masih pilih buat affiliate? Ramai orang sekeliling yang bergantung harap dengan kita tanpa kita sedar. Jadi bila peluang senang datang depan mata untuk kaut duit, kenapa nak duduk diam?” Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Shaheizy Sam berpendapat bahawa setiap rezeki yang dikurniakan Allah tidak akan berkurang. Sebaliknya akan terus bertambah apabila dimanfaatkan dengan baik dan dikongsi kepada mereka yang memerlukan.

“Tak kisah apa status kita. Mindset gila duit kena ada untuk kesenangan orang lain. Lagi banyak rezeki Allah bagi, lagi ramai juga Allah hantar mulut untuk kita suap. Demi Allah, satu sen yang kita keluarkan takkan sesekali merugikan pun.” Syatilla turut menitipkan kata-kata semangat kepada mereka yang sedang membina kerjaya sebagai affiliate agar tidak mudah berputus asa.

“Saya doakan semua yang masih mencuba, tolong jangan give up! Berapa ramai affiliate yang bukan selebriti pun, tapi lagi kaya raya daripada artis. Sumpah bangga gila tengok. Please keep going! Selagi kita buat perkara yang Allah suka, tak mungkin Allah akan sulitkan urusan kita. Bismillah.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.