Isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida berkongsi cara dia dan suami mendidik anak-anak supaya lebih terbuka dan mudah bergaul dengan orang sekeliling. Menerusi hantaran di Threads, Shahida berkata dia dan suami akan membawa anak-anak setiap kali menghadiri majlis kenduri dan tidak membenarkan mereka tinggal di rumah. Klik sini untuk lihat video.

“Mama dengan Papa ni jenis kalau pergi kenduri anak anak wajib angkut ya. Tak ada istilah anak nak tinggal la nak tidur dekat rumah la nak tengok TV taknak ikut la. ” Menurutnya, pendekatan itu dilakukan supaya anak-anak terbiasa bergaul dengan orang ramai dan saudara-mara, sekali gus tidak kekok atau malu apabila bertemu orang lain.
“Bukan apa, mama dengan Papa nak anak anak ni biasa dengan orang, selesa dengan saudara mara. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendekatan didikan yang diterapkan pasangan ini dalam membentuk anak-anak mereka.”
Sumber: OhBulan.
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.