PELAKON Elfira Loy memohon orang ramai mendoakan ibunya, Filzah Yusoff, yang kini sedang menjalani rawatan selepas ditidurkan dan menjalani intubasi sejak 14 hari lalu. Elfira atau Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 32, berkata keluarganya kini berdepan detik sukar selepas menerima berita mengenai keadaan kesihatan ibunya yang disifatkan amat berat untuk diterima.
“Sejujurnya kami sekeluarga sedang melalui waktu yang sangat sukar. Berita yang kami terima amat berat dan sukar untuk kami semua hadam serta terima. Mama telah menjalani intubasi dan berada dalam keadaan ditidurkan sejak 14 hari lalu. Hari ini (Isnin), mama akan menjalani satu prosedur besar. Kepada mereka yang mengenali mama, bagi pihak mama, saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silapnya, katanya.
Elfira berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada Isnin. Dalam pada itu, Elfira turut meminta mereka yang mengenali ibunya agar memaafkan segala salah dan silap Filzah jika masih ada perkara yang terbuku di hati. “Jika ada apa-apa yang masih tersimpan di hati, saya mohon maafkanlah mama. Jika ada apa-apa yang ingin disampaikan, anda sentiasa boleh menghantar mesej kepada saya.
Saya mohon semua mendoakan mama. Doakan semoga prosedur ini berjalan dengan lancar, dipermudahkan segala urusan, diberikan kesembuhan dan mama kembali pulih seperti sediakala. Kami masih berpegang kepada harapan dan doa. Terima kasih kepada semua atas kasih sayang, doa dan pengertian yang diberikan,” katanya.
Pada 6 Ogos lalu, Elfira memaklumkan ibunya dijadualkan menjalani satu prosedur perubatan berisiko tinggi. Bagaimanapun, Elfira tidak mendedahkan secara terperinci mengenai tahap kesihatan ibunya, sebaliknya memohon orang ramai mendoakan agar segala urusan prosedur itu berjalan lancar.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.