Hasrat nak bersalin normal tak kesampaian, Intan Najuwa terpaksa bersalin secara pembdahan demi keselamatan bayi

Advertisements
Advertisements

Hasrat pelakon, Datin Intan Najuwa untuk melahirkan anak kedua, Imane Laudya, secara Vaginal Birth After Cesarean (VBAC) tidak kesampaian apabila dia terpaksa menjalani pembedahan caesarean demi memastikan keselamatan bayinya. Pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, berkata meskipun usia kandungannya sudah hampir mencecah 40 minggu tetapi kedudukan bayi tidak membenarkannya menjalani prosedur berkenaan.

“Saya tak berjaya untuk VBAC. Bayi saya sudah hampir 40 minggu tetapi kedudukannya tidak membenarkan saya meneruskan VBAC yang saya harapkan. Jadi akhirnya, kami memutuskan untuk meneruskan pembedahan Caesarean elektif secepat mungkin untuk memastikan bayi keluar dengan selamat. Kata Intan, dia sudah melakukan pelbagai usaha untuk memastikan anaknya dapat dilahirkan menerusi kaedah VBAC, namun akhirnya akur dengan ketentuan ilahi.”

Pun begitu, Intan tetap bersyukur kerana segala urusan kelahiran berjalan lancar dan bayinya juga berada dalam keadaan selamat serta sihat. “Saya sudah mencuba dan melakukan pelbagai perkara dengan harapan dapat menjalani VBAC tetapi pada akhirnya Allah telah merancang perjalanan terbaik untuk saya dan saya telah belajar untuk mempercayai rancangan-Nya. Alhamdulillah saya dikurniakan doktor terbaik dan semuanya berjalan lancar.

Ibu dan bayi selamat, dalam keadaan sihat, itu sahaja yang penting. Hati saya penuh dengan rasa syukur. Alhamdulillah untuk semuanya.” Terdahulu, Intan memaklumkan bahawa dirinya telah selamat melahirkan zuriat keduanya. Sebelum ini, Intan meluahkan hasrat mahu mencuba kaedah kelahiran VBAC bagi cahaya mata keduanya.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *