Sampai turun laut sebab nak tengok ikan bilis, Khairul Aming bakal keluarkan produk baru

Advertisements
Advertisements

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming atau mesra disapa KA terus mejadi perhatian rakyat Malaysia apabila mengumumkan pelancaran produk keempatnya iaitu Sambal Nyet Bilis. Menerusi perkongsian di Instagram , Khairul Aming memaklumkan sambal terbaharu itu menawarkan kelainan dari segi rasa dengan tahap kepedasan yang lebih ‘kick’, selain dihasilkan menggunakan lebih banyak bahan berbanding produk sebelum ini. Klik sini untuk lihat video.

“Selepas 6 tahun berniaga dengan satu sambal sahaja, akhirnya kita dah bersedia untuk keluarkan sambal yang baru. Rasa yang berbeza, lebih kick dan menggunakan lebih banyak bahan,” katanya. Bagi memastikan kualiti produk berada pada tahap terbaik, Khairul Aming sendiri turun ke laut Setiu, Terengganu untuk mendapatkan bekalan ikan bilis segar. Selain itu, beliau turut ke kebun di Banting, Selangor bagi memilih cili yang akan digunakan dalam penghasilan sambal tersebut.

Khairul Aming berkata, pelancaran produk kali ini merupakan yang terbesar pernah dilaksanakan sejak beliau memulakan perniagaan enam tahun lalu. “Product launch kali ni akan jadi product launch terbesar yang KA pernah buat, jadi nantikan pengumuman seterusnya sepanjang minggu ni,” kongsinya. Difahamkan, sebanyak 125,000 botol Sambal Nyet Bilis akan ditawarkan pada jualan pertama yang dijadual berlangsung pada 7 Ogos menerusi sesi siaran langsung di akaun TikTok Khairul Aming. Bagaimanapun, harga produk berkenaan masih belum didedahkan.

Dalam perkongsian sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang tidak putus-putus memberikan sokongan terhadap perniagaannya sepanjang enam tahun lalu. Sebelum ini, Khairul Aming mencipta fenomena menerusi beberapa produk keluarannya termasuk Sambal Nyet Berapi yang diperkenalkan pada 2021, sebelum disusuli dengan Dendeng Nyet Berapi dan Rendang Nyet Berapi yang dilancarkan pada Ogos 2025.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *