ISTERI kepada pelawak Mamat Sepah, memohon orang ramai agar berhenti bertanyakan tentang zuriat kerana mengakui belum mempunyai jawapan untuk persoalan tersebut. Gordian atau lebih mesra disapa Nana berkata, dia berharap orang ramai dapat memahami situasinya dan hanya mendoakan agar suatu hari nanti dikurniakan cahaya mata. “Aku macam… soalan apa ni? Tolong jangan tanya aku soalan yang berat untuk aku jawab dan tiada jawapan untuk soalan itu.
“Cukup hanya doakan semoga suatu hari nanti aku akan diberi rezeki dapat bayi yang comel dan sihat. Amin,” katanya. Nana berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. Luahan itu dibuat selepas Nana berkongsi momen menyentuh hati apabila berpeluang mendukung anak bongsu pelawak Shuib sehingga bayi berkenaan terlena dalam dakapannya.
“Hari ini sumpah hati aku agak terusik, pegang dan dukung Akira (anak Shuib) sampai dia terlelap. Buat aku rasa lebih sebak bila ada makhluk Allah yang bertanya ‘akak bila lagi?’,” ujarnya. Difahamkan, Nana kini berada di Singapura bersama isteri Shuib iaitu Watie Hanifiah atas urusan perniagaan. Sebelum ini, ketika ditemu bual, Mamat atau Mohd Noor Murad, 41, memberitahu emosi isterinya sering terganggu apabila diajukan mengenai zuriat. Kata Mamat, isterinya menjadi lebih sensitif dan tersentuh apabila mengenangkan perkara itu. Untuk rekod, Nana dan Mamat mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2020, di Kulai, Johor.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.