Jadikan Nabil sebagai inspirasi untuk jaga badan, Radin dedah berat badan naik mendadak lepas mendirikan rumahtangga

Advertisements
Advertisements

PENYAMPAI radio, Radin mengakui berat badannya meningkat mendadak selepas mendirikan rumah tangga dengan Nur Amirah Shamsulbahrin pada Mei lalu. Radin atau Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, 36, berkata, antara punca berat badannya bertambah adalah kerana sering menikmati masakan air tangan isteri yang gemar memasak sebagai tanda kasih sayang.

“Isteri saya punya ‘love language’ dia memang suka memasak. Saya paling suka dia masak maggie goreng dan ikan rebus dengan air asam. Jadi jangan tanya kenapa lepas kahwin ni berat badan saya naik. Sejujurnya ini adalah berat paling tinggi sepanjang saya bekerja sebagai penyampai radio,” katanya. Radin berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media majlis pelancaran lagu KITA yang diadakan di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Isnin. 

Dalam pada itu, Radin berkata peningkatan berat badan turut berlaku ketika dia mengambil ubat susulan kecederaan separa koyak ligamen krusiat anterior (ACL) pada kakinya. “Bila bekerja dalam industri ini, kita kena nampak kemas, jaga penampilan diri. Dalam masa sama sebenarnya berat badan saya naik ini ketika makan ubat akibat kaki saya mengalami koyakan separa ligamen krusiat anterior (ACL). 

“Waktu itu saya kurang mengambil berat tentang berat badan, selera makan tinggi. Berat badan saya naik mendadak. Sewaktu mak saya meninggal dunia dulu pun, apa yang boleh buat saya tenang adalah makan. Saya bukan nak menyalahkan keadaan, tidak. Namun ini adalah fasa kehidupan yang saya lalui,” ujarnya. Bagaimanapun, Radin mengakui mahu kembali mendapatkan berat badan ideal dan menjadikan rakan penyampai radio, Nabil Ahmad sebagai inspirasi untuk kekal aktif serta menjaga kesihatan.

Sejujurnya jauh di lubuk hati ini, saya mahu kembali mendapatkan berat badan ideal seperti sebelum ini. Saya tengok Nabil aktif, saya lihat dia dah sampai satu tahap umur (meningkat) tetapi masih lagi jaga kesihatan badan. Jadi saya pun perlu buat seperti itu (jaga kesihatan). Tak kisahlah kita bekerja dalam bidang apa pun, gaya hidup sihat adalah satu perkara yang perlu kita utamakan,” katanya.

Untuk rekod, Radin mendirikan rumah tangga dengan Nur Amirah pada 1 Mei lalu. Dalam majlis tersebut, Radin menyerahkan mas kahwin sebanyak RM15,020.26 kepada isterinya. Dalam perkembangan lain, Radin turut terlibat dalam kempen KITA FM yang melancarkan lagu KITA, sebuah inisiatif khas sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026. Menerusi kempen itu, Astro Audio mengajak rakyat Malaysia bersama-sama meraikan identiti, suara dan cerita yang menyatukan negara menerusi muzik, hiburan serta pelbagai aktiviti komuniti dari 31 Ogos hingga 16 September ini.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *