Pencipta kandungan, Ubai MZ mencuri perhatian apabila dilihat masih aktif menjalankan perkhidmatan penghantaran barang. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli, 28, memaklumkan bahawa dia tidak melakukan sebarang aktiviti di rumah.

Justeru itu, Ubai memanfaatkan masa terluang dengan melakukan kerja sampingan bagi menjana pendapatan tambahan. “Memandangkan hari ini bosan dan stres, jom kita ceduk (kerja).” Bagaimanapun, hantaran tersebut meraih perhatian netizen yang memuji sikap Ubai kerana masih melakukan kerja penghantaran barang meskipun bergelar suami kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan sokongan buat Ubai dalam usahanya mencari pendapatan tambahan.




Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.