Tular video kena gangguan mistik, ramai yang tertanya tanya dengan status hubungan Ds Vida dan Datuk Fazley Yaakob

Advertisements
Advertisements

Usahawan, Datuk Seri Vida sekali lagi menjadi perhatian apabila dirinya menerima gangguan mistik ketika menyertai sesi live Nightwalk yang tular di media sosial. Bukan itu sahaja, penyanyi dan juga cef selebriti Datuk Fazley Yaakob dilihat turut membantu Vida dengan membacakan ayat suci Al-Quran sambil memegang kepalanya. Situasi itu semakin menarik perhatian apabila Vida memberikan tindak balas seakan-akan mahu muntah ketika Fazley sedang membacakan ayat berkenaan. Klik sini untuk lihat video.

Difahamkan sesi Nightwalk bersama Roslan Shah itu terpaksa ditamatkan lebih awal susulan keadaan Vida yang dikatakan mengalami gangguan agak kuat pada malam berkenaan. Bagaimanapun, keadaan Vida kembali pulih pada malam yang sama dan dia turut meminta orang ramai supaya tidak terlalu bimbang mengenai situasi tersebut.

“Alhamdulilah.. semua ok. Jangan risau, @datoserivida kesayangan korang semua dah pulih malam tu juga. Sesi Nightwalk bersama @realroslanshah terpaksa dihentikan awal pada malam kelmarin, kerana DSV rasa kurang selesa dan kehadiran “mereka” agak kuat pada saat itu. Namun dengan izin Allah dan ayat-ayat suci Al- Quran semuanya masih dalam kawalan,” kata Fazley menerusi perkongsian di Instagram.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mempersoalkan status hubungan mereka kerana dilihat begitu rapat, sehingga terlalu terbuka bersentuhan biarpun bertujuan sekadar mahu membantu. Malah, ada segelintir wargamaya yang membuat andaian bahawa kedua-duanya mungkin sudah mendirikan rumah tangga. Spekulasi itu timbul kerana Vida sebelum ini dikenali sebagai seorang yang cukup menjaga batas pergaulan ketika bersama lelaki.

Namun begitu, dakwaan mengenai mereka sudah bernikah hanyalah  sekadara andaian dalam kalangan warganet dan tiada pengesahan rasmi diberikan oleh mana-mana pihak sehingga saat ini. Terdahulu, Fazley menegaskan bahawa mereka belum bernikah, sebaliknya menganggap desas-desus serta pertanyaan ramai mengenai status perkahwinan mereka sebagai satu doa yang terbaik.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.