Syukur jumpa dengan individu yang baik hati, Ebby Yus tak sangka ada peminat yang murah hati belikan dia camper van

Advertisements
Advertisements

PELAKON dan pelawak Ebby Yus bersyukur apabila dipertemukan dengan individu yang baik hati dan sudi membantunya mendapatkan sebuah camper van bagi memudahkan urusan menjalani rawatan dialisis. Menurut Ebby atau Muhammad Yunus Abdul Rashid, 61, individu berkenaan sebenarnya merupakan salah seorang peminatnya yang turut mempunyai minat terhadap barangan antik.

Katanya, dia pada mulanya tidak menyangka lelaki berkenaan benar-benar berminat untuk membeli sebilah sundang (keris) miliknya selepas dia memberitahu hasrat untuk menjualnya bagi mendapatkan wang membeli camper van. “Dia seorang pengumpul dan nak beli sundang. Saya beritahu nak jual sebab perlukan duit untuk beli camper van bagi mudahkan saya cuci darah dan tak terkejar-kejar.

Ingat main-main, bila telefon dia tiba-tiba betul dia bayarkan,” katanya. Berkongsi lanjut, Ebby berkata dia sebenarnya sedang mengumpul wang secukupnya untuk melakukan pengubahsuaian pada camper van tersebut supaya ia sesuai digunakan ketika menjalani rawatan dialisis. Bagaimanapun, pelakon itu tidak menyangka ada seorang lagi individu yang tampil menawarkan diri untuk menaja kos pengubahsuaian camper van berkenaan. “Dalam van pun nak kena buat (ubah suai), jadi saya diam sahaja dulu sebab nak tunggu duit cukup baru buat. Lepas itu ada seorang lagi yang tawarkan nak sponsor buat benda itu. Syukurlah,” jelasnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *