Masih terima rawatan di ICU, adik dedah keadaan terkini Amir Raja Lawak

Advertisements
Advertisements

PELAWAK Amir Raja Lawak dilaporkan masih menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Menerusi satu perkongsian dipercayai dimuat naik oleh adiknya di Instagram Amir sendiri, pelawak itu dikatakan kini dalam keadaan sedar namun masih berada di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan.

“Masih dekat sini hari ke-11. Amir sedar, cuma tak boleh bercakap betul-betul. Nafas masih tercungap-cungap,” katanya. Dalam hantaran tersebut turut kelihatan bekas makanan tertulis nama Amir serta jenis diet yang disediakan oleh hospital.

Menurut adiknya lagi, doktor menasihatkan Amir atau Mohammad Amirullah Azmi, 37, supaya mendapatkan rehat yang cukup dan tidak dibenarkan menggunakan telefon. “Telefon abang Amir saya yang pegang. Dekat ICU tak boleh pegang telefon sebab doktor nak suruh pesakit rehat cukup,” ujarnya.

Sebelum ini, menerusi temu bual, isteri Amir iaitu Nur Syafinaz Intan memaklumkan suaminya masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan susulan masalah kesihatan yang dialami. Syafinaz juga tampil membetulkan salah faham selepas tular kisah kononnya pelawak itu ditidurkan di ICU.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *