Tengah hangat pasal keluarga, ini pula respon Abby Abadi pasal nafkah anak

Advertisements
Advertisements

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi tampil menjawab dakwaan seorang pengguna media sosial yang mengatakan bekas suaminya, Norman Hakim tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa terhadap anak-anak mereka selepas perceraian. Menafikan dakwaan tersebut, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, menjelaskan kebanyakan masa anak-anak berada di bawah jagaannya, manakala Norman hanya sesekali datang mengambil dan meluangkan masa bersama mereka.

“Sesekali ambil itu bukan jaga, itu macam datang melawat, ambil bawa ke sana ke sini sekejap. Ada lah sesekali bawa balik kampung, itu kira jaga? Saya yang jaga sepenuhnya. Kalau saya kahwin 10 kali sekalipun, nafkah anak tetap tanggungjawab dia sebab itu anak dia.”

Dalam hantaran berasingan, Abby turut menafikan dakwaan anak-anak mereka pernah bermalam di rumah Norman dan isterinya, Memey Suhaiza pada hari persekolahan. “Pandai-pandai sahaja. Anak-anak semua duduk dengan saya, pagi nak pergi sekolah dari rumah saya. Pergi bapanya ambil sekali dengan adik-adik lain. Sempat breakfast dulu. Mana ada tidur situ (rumah Memey).

“Tiada bilik pun untuk anak-anak, sedap je menulis. Itu kereta saya yang hitam itu.” Kemelut keluarga Abby dan Norman kembali menjadi bualan wargamaya apabila baru-baru ini aktres itu menitip ucapan selamat ulang tahun ‘menghiris hati’ buat anaknya, Maria Danisha Hakim yang ke-18. Menerusi perkongsian tersebut, Abby berkongsi perasaan mengenai pengorbanan dilakukannya dalam membesarkan anak-anak yang seakan-akan dilupakan.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *