Lebih pentingkan kejujuran, keikhlasan dan amanah, Watie Hanifiah akui dia sentiasa layan pembantu rumah macam ahli keluarga sendiri

Advertisements
Advertisements

Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah berkongsi pandangannya mengenai cara dia melayani pembantu rumahnya. Menerusi perkongsian di Threads, Watie berkata dia sentiasa melayani pembantu rumahnya seperti ahli keluarga dan menyediakan barang keperluan asas untuk mereka. Malah, setiap permintaan mereka juga akan cuba dipenuhi.

“Dia boleh makan apa sahaja. Semasa keluar berjalan pun dia boleh order ikut selera dia. Kat rumah kita makan beras mahal pun dia makan juga. Shampoo, pad, barang keperluan dia semua kami belikan. Kalau dia tiba-tiba teringin nak makan makanan dalam Grab pun kami belikan. Tiada masalah,” tulisnya.

Perkongsian tersebut dibuat selepas seorang individu bertanyakan kepada umum bagaimana majikan membahagikan makanan dan minuman dengan pembantu rumah. Dalam pada itu, Watie berkata walaupun pekerjanya tidak melakukan kerja dengan sempurna, dia lebih mementingkan kejujuran, keikhlasan dan amanah. Katanya, bukan mudah untuk mencari pembantu rumah yang mempunyai sikap tersebut.

“Gaji RM1,800 walaupun mereka buat kerja tidaklah bagus mana tetapi nak cari pembantu rumah yang jenis jujur, amanah itu yang susah. Insya-Allah kita layan baik-baik, Allah pasti akan balas juga yang baik-baik,” ujarnya.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *