Tak mahu berlaku salah faham, Zara Zya tegas menolak cubaan suami orang cuba mendekati dirinya

Advertisements
Advertisements

PELAKON Zara Zya tegas menolak cubaan lelaki berstatus suami orang yang cuba mendekati dirinya menerusi mesej langsung (DM) di media sosial. Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, berkata dia tiada masalah untuk membalas mesej peminat, namun lebih berhati-hati kerana tidak mahu berlaku salah faham. “Saya tiada masalah sebenarnya untuk bagi respons, tetapi saya fikir juga untuk hari ke depan. Takut kalau melayan sebab kita tak tahu tujuan serta isi hati orang.

“Ramai yang DM termasuk peminat wanita. Cuma kalau boleh, untuk suami orang, tak payahlah nak mesej sampai nampak menggatal sangat, risau saya. Kadang-kadang saya nasihatkan juga dalam siaran langsung. Tak payah nak lebih-lebih, tolonglah hormat isteri,” katanya ketika ditemui pada pelancaran drama bersiri iQIYI Original, Sekali Lagi Bahagia. Menurut Zara, dia lebih selesa mengabaikan sahaja mesej yang keterlaluan tanpa membalas sebarang respons.

“Ada benda kita boleh santai-santai dan jadikan gurauan, tetapi ada yang tak boleh dibuat gurauan. Jadi biasanya saya tak layan dan biarkan sahaja mesej itu tanpa balasan,” ujarnya. Dalam pada itu, Zara turut berkongsi pengalaman lucu apabila ada golongan lelaki lebih muda yang menghantar DM untuk berkenalan dengannya.

“Budak-budak sekarang pun ada saya rasa punya sebab tersendiri rajin DM. Mungkin nak ikut trend. Tahu-tahu masuk DM nak berkenalan tetapi panggil kita kakak. Situasi lucu macam ini yang kita seronok layan. Saya tahu mereka sekadar suka-suka nak bergurau dan mengusik. Ada juga yang nak buat konten,” kongsinya. Sementara itu, Zara mengakui dirinya kini lebih tenang dan berhati-hati dalam berkongsi mengenai pasangan di media sosial.

Katanya, perubahan tersebut berlaku hasil pengalaman dan faktor usia yang membuatkan dia tidak lagi terburu-buru dalam soal peribadi selain lebih kepada kematangan diri. “Belumlah, nantilah. Kalau ada, insya-Allah Zara akan kongsi. Untuk fasa saya sekarang ini, tenang-tenang sahaja, lek-lek sahaja. Tak adalah nak macam dulu-dulu, bercerita, candlelight dinner ambil gambar, pergi shopping pun ambil gambar. Sekarang ini lebih kepada personal. Jadi bila ada, barulah kita akan tunjuk,” jelasnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *