Menghitung hari bahagia, Bella Astillah akui risau ada jemputan yang terlepas pandang

Advertisements
Advertisements

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mengakui antara perkara yang paling merisaukan dirinya menjelang hari bahagia bersama pasangan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman adalah proses persiapan yang perlu dilalui sebelum majlis berlangsung. Menurut Bella, kebimbangannya lebih tertumpu kepada kemungkinan ada perkara yang terlepas pandang, terutama membabitkan senarai jemputan.

“Sebenarnya kebimbangan saya lebih kepada proses menuju hari bahagia. Sudah tentu saya risau sekiranya ada perkara yang terlepas pandang, terutama membabitkan jemputan. Dalam masa sama, saya masih mempunyai komitmen kerja seperti kolaborasi, penggambaran dan rakaman. Banyak perkara perlu dilakukan dalam satu masa. Malah, ada mesej WhatsApp daripada kawan-kawan yang saya sendiri belum sempat semak,” katanya.

Pada masa sama, Bella juga memohon maaf sekiranya dia terlepas pandang berkaitan dengan jemputan tetamu ke majlis perkahwinannya. “Ada yang bertanya, kenapa tidak jemput? Orang lain sudah dapat jemputan. Jadi, saya minta maaf sekiranya ada yang terlepas pandang. Selebihnya memang ada pasukan yang membantu saya. Saya sangat berterima kasih kepada pihak pengurusan kerana banyak membantu menguruskan persiapan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Bella turut berkongsi kebimbangan mengenai persiapan untuk majlis resepsi di Sabah dan Muar, terutama dari segi memastikan keperluan mencukupi untuk tetamu yang hadir. Katanya, jumlah tetamu yang bakal hadir sukar dijangka, lebih-lebih lagi untuk majlis yang diadakan di Sabah.

“Untuk majlis di Sabah dan Muar, kebimbangan kami adalah memastikan segala persiapan mencukupi untuk semua yang hadir. Kami sendiri tidak dapat menjangkakan berapa ramai yang akan datang. Di Sabah misalnya, saya tidak boleh memberikan jumlah yang spesifik. Tetapi, insya-Allah kami akan cuba melakukan yang terbaik supaya semuanya berjalan dengan lancar,” kongsinya.

Bella dan Syed Saddiq bakal diijabkabulkan dalam sebuah majlis tertutup di Menara Merdeka 118 pada 10 Oktober ini. Susulan itu, pasangan itu bakal mengadakan dua majlis resepsi bertemakan Kenduri Rakyat di Muar, Johor pada 25 Oktober, manakala di Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.