Tak kisah dengan perubahan bentuk badan, Janna Nick sanggup ambil pil hormon demi zuriat

Advertisements
Advertisements

Pelakon dan pengacara, Janna Nick, tampil membidas segelintir individu yang masih gemar memberi komen mengenai perubahan bentuk badannya. Menerusi perkongsian di Threads, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 31, mendedahkan dia kini mengambil pil hormon sebagai sebahagian daripada ikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Menurut Janna, perubahan pada bentuk badan bukan sesuatu yang wajar dijadikan bahan untuk diperkatakan kerana dia sendiri mempunyai perkara yang lebih penting untuk difokuskan.

“Orang masih lagi nak cakap pasal bentuk badan orang lain. Lantakkanlah korang.” Malah, Janna menegaskan bahawa matlamatnya ketika ini bukanlah untuk kelihatan cantik atau mendapatkan perhatian lelaki. Sebaliknya, dia mempunyai misi tersendiri yang sedang diperjuangkan. “Goals saya bukan nak melawa sebab nak cari jantan, atau nak jadi perempuan paling cantik. Saya ada misi lain yang tengah diperjuangkan.

Semoga semua geng TTC terus kuat, kita kuat!” Dalam perkongsian sama, Janna turut menitipkan kata-kata semangat buat mereka yang sedang melalui perjalanan TTC (Trying To Conceive). Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian warganet yang memberikan sokongan kepada Janna, khususnya mereka yang memahami cabaran dan perjalanan TTC.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.