AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu ucapannya yang menepis pandangan bahawa perkahwinannya dengan penyanyi Bella Astillah tidak sepadan adalah sebagai satu tanggungjawab untuk mempertahankan isterinya itu. Bagi Syed Saddiq, 34, apa yang diperkatakan ketika resepsi majlis perkahwinan mereka pada malam Ahad juga sebagai satu tindakan untuk menggembirakan hati Bella.
“Ia adalah tugas saya sebagai suami dan pada masa sama bukan saya kata benda tak betul. Kadangkala kita berdiam kerana tidak perlu respons kepada semua perkara, namun bila dapat peluang dan rasa bersesuaian, saya akan respons,” katanya. Syed Saddiq dan Bella diraikan dalam satu majlis resepsi yang berlangsung di METIC, Kuala Lumpur pada malam Ahad selepas seminggu mereka sah bergelar suami isteri.
Ketika memberi ucapan kepada tetamu, Syed Saddiq mencuri tumpuan ramai apabila meluahkan rasa tidak setuju dengan pandangan segelintir pihak yang melabelkan mereka tidak ‘sekufu’. Biarpun kata-kata tersebut tidak pernah menyinggung perasaannya, namun perkara itu perlu diperjelaskan agar tiada yang terus meletakkan pandangan sedemikian.
“Jujurnya saya tidak pernah ambil hati. Dah berbulan-bulan, bahkan sejak tahun lalu orang bercakap. Saya cuma nak pastikan isteri gembira,” ujarnya. Sementara itu, Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, meluahkan rasa terharu apabila mendengar ucapan tersebut yang bukanlah dirancang awal oleh suaminya.
Malah, sebagai seorang selebriti, penyanyi ini sedar setiap tindakannya akan menjadi bualan ramai. “Saya tidak tahu pun dia akan beri ucapan begitu. Saya terharu dan lega apabila ada orang yang sayang saya dan anak-anak dengan ikhlas. Saya tidak minta dia pertahankan kerana ini lumrah dunia selebriti. Apa yang dilakukan akan diperhatikan,” luahnya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.