Pelawak dan pelakon, Saiful Apek menitipkan nasihat mengenai kepentingan menjaga hubungan persahabatan serta memaafkan antara satu sama lain. Menerusi hantaran di Threads, Saiful atau nama sebenarnya, Mohd Saiful Azam Mohamed Yusoff membalas komen seorang peminat yang berharap agar kumpulan Sepah dapat menyatukan kembali persaudaraan mereka.
“Abang bagi kata-kata semangat sikit untuk mereka agar dapat memperkukuh ikatan ukhuwah (persaudaraan dan kasih sayang). Saya peminat Sepah dari zaman Raja Lawak 3 lagi..dari tahun 2009.” Membalas hantaran tersebut, Saiful berkata, hubungan persahabatan diibaratkan seperti tasbih yang tidak mempunyai pengakhirannya.
Tambah anggota kumpulan Senario ini, keberanian untuk meminta maaf, memaafkan serta keikhlasan untuk melupakan kesalahan yang lalu merupakan antara perkara penting dalam kehidupan. “Ukhuwah ibarat tasbih, ada permulaan, takkan ada pengakhiran. Meminta maaf itu keberanian, memaafkan itu kekuatan, melupakan itu kebahagiaan, mengikhlaskan itu ketenangan.”
Terdahulu, Shuib tampil memohon maaf di atas kesalahannya kerana didakwa menyindir Jep di dalam sebuah episod Dol’s Podcast bersama Azlee Senario. Shuib memaklumkan isu berkenaan turut memberikan impak buruk kepada isteri, anak-anak dan perniagaannya. Bagaimanapun, Jep menyatakan akan bahawa dia telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Shuib.
Sebelum ini, Jep meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan Shuib dan Mamat yang didakwa membangkitkan isu pembayaran melibatkan kumpulan mereka dan meminta dua pelawak itu untuk berhenti menggunakan sentimen persahabatan sebagai konten.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.