Sikap prihatin yang ditunjukkan oleh usahawan, Ameer Aiman terhadap kekasih hatinya, Noor Nabila sekali lagi mencuri tumpuan warganet di media sosial. Menerusi satu perkongsian di Threads, Ameer mendedahkan caranya tersendiri dalam memujuk dan mengembalikan senyuman di wajah kakak kepada selebriti popular Neelofa itu setiap kali emosinya sedang terganggu.
Menurut Ameer, dia sanggup meluangkan masa membawa Nabila menikmati pencuci mulut sebagai salah satu cara untuk menceriakan hati wanita kesayangannya itu. “Mood dia tengah tak okay, jadi saya bawa dia ke tempat yang manis. Saya mungkin tak selalu tahu macam mana nak selesaikan semuanya, tapi saya akan sentiasa cari cara untuk buat dia tersenyum semula.


Dan kadang-kadang… yang diperlukan hanyalah pencuci mulut dan sedikit kasih sayang.” Perkongsian itu kemudiannya mendapat pelbagai reaksi positif daripada peminat. Rata-rata warganet menyifatkan Ameer sebagai seorang lelaki yang matang dan peka terhadap emosi wanita.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.