Bukan sindiran tapi fitnah, Jep ambik tindakan undang undang terhadap Shuib

Advertisements
Advertisements

Pelawak terkenal, Jep Sepahtu tampil memberikan respons susulan video penjelasan dan permohonan maaf yang dibuat Shuib Sepahtu berhubung kontroversi melibatkan mereka baru-baru ini. Menerusi kenyataan tersebut, Jep atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri bin Zainal Abidin menjelaskan bahawa dia turut ingin memohon maaf kerana tindakan undang-undang telah pun diambil terhadap Shuib atas nasihat peguamnya.

Menurut Jep, tindakan berkenaan dibuat kerana perkara yang dibangkitkan bukan sekadar sindiran, sebaliknya dakwaan yang disifatkannya sebagai fitnah terhadap dirinya. “Aku pun nak minta maaf sebab ketika kau keluarkan video ini, aku telah pun mengambil tindakan undang-undang atas nasihat peguam. Kerana ini benar-benar fitnah jahat terhadap diri aku. Ini bukan pasal sindir, ini pasal FITNAH,” ujarnya.

Kenyataan itu sekali gus menjelaskan pendirian Jep bahawa isu berkenaan melangkaui perselisihan biasa, meskipun Shuib telah tampil membuat penjelasan dan memohon maaf secara terbuka. Sebelum ini, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad telah tampil dengan video penjelasan berhubung isu melibatkan dirinya dan Jep.

Dalam video tersebut, dia telah tampil memohon maaf kepada Jep Sepahtu susulan sindiran yang dibuat dalam podcast DOLS Podcast ketika episod bersama Azlee Senario. Menerusi kenyataannya, Shuib memaklumkan dia sudah menghubungi Jep pada 9 Oktober lalu untuk memohon maaf atas kekhilafannya.

Menerusi video tersebut juga, pelawak berkenaan juga menjelaskan pihak Bubblebee telah membuat pembayaran ansuran kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selama 10 bulan dan berbaki 14 bulan lagi. Susulan daripada itu, Shuib merayu agar isteri, anak-anak, keluarga serta perniagaannya tidak terus menjadi sasaran kecaman akibat kesilapannya. “Dok, aku minta maaf atas segala kekhilafan dan keegoan aku,” katanya sambil mengenang persahabatannya dengan Jep yang sudah terjalin hampir 20 tahun.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.