Nora Danish luah rasa terkejut bila dapat mesej dari seorang wanita tawarkan dia untuk jadi isteri kedua

Advertisements
Advertisements

PELAKON Nora Danish terkejut apabila menerima mesej peribadi (DM) daripada seorang wanita yang menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kedua kepada suaminya. Bagaimanapun, Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 44, memilih untuk membalas perkongsian itu dengan menitipkan doa buat wanita berkenaan agar rumah tangganya terus bahagia.

“Isteri syurga.  Mari kita doakan agar suaminya setia padanya dan menjaga dengan penuh cinta hingga akhir hayat,” katanya.  Nora berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya.  Menerusi hantaran sama, Nora turut memuat naik tangkap layar mesej daripada wanita berkenaan yang mendakwa suaminya seorang lelaki beriman dan sangat baik.

Malah, wanita itu turut memaklumkan sedang mencari calon isteri kedua buat suaminya dan bertanya jika Nora sudi menjalani proses ta’aruf atau berkenalan dengan lelaki tersebut. “Assalamualaikum kak Nora. Suami saya beriman dan sangat baik.  Saya juga sedang mencari jodoh kedua buat suami saya. Jika kak Nora sudi ta’aruf bersama suami saya, saya amat berbesar hati,” tulisnya. 

Untuk rekod, Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan bercerai pada 19 Jun 2024. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamed Neqayl, 8 tahun. Sebelum itu, Nora juga pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan berpisah pada 10 Julai 2008. Mereka memiliki seorang anak lelaki, Putra Rayqal yang kini berusia 18 tahun.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.