Pelakon dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengakui majlis perkahwinannya bersama usahawan, Datuk Seri Vida tidak mungkin akan dilakukan secara sederhana. Menurut Fazley, adalah sesuatu yang agak luar biasa sekiranya majlis melibatkan DSV dibuat secara terlalu sederhana. “Okay, kalau korang kenal DSV, rasa-rasa majlis tu akan sederhana ke tak?
Kalau dia bersederhana sangat, mesti something wrong,” katanya. Mengulas mengenai majlis tersebut, Fazley berkata mereka akan cuba memberikan yang terbaik dengan memastikan ia berlangsung meriah, namun pada masa sama tetap mengelakkan sebarang pembaziran.
“So bagi saya, kita peniaga, kita dalam empayar perniagaan yang sama. Dan ramai mungkin tak tahu saya juga menjadi CEO untuk syarikat-syarikat F&B milik DSV. Jadi daripada pekerjaan, insya-Allah berusaha ke arah menjadi imam yang terbaik buat beliau. Jadi, majlis tersebut kita akan buat semeriah yang kita rasa perlu tanpa pembaziran. Itulah doanya.
Buat yang terbaik untuk semua berpuas hati, tapi dalam masa yang sama tidak overdo it lah,” ujarnya. Fazley berkata demikian ketika ditemu bual di sebuah podcast bersama Sinar Plus. Terdahulu, teka-teki mengenai status hubungan usahawan sensasi Datuk Seri Vida dengan penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob akhirnya terjawab. Menerusi hantaran di Threads, Vida atau mesra disapa sebagai DSV mengesahkan dia dan Fazley sudah bertunang.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.