Penyanyi, Adira Suhaimi meluahkan rasa syukur melihat rakan baiknya, Bella Astillah kembali bergelar isteri selepas mendirikan rumah tangga bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Adira berkata, dia mendoakan agar perkahwinan Bella dan Syed Saddiq berkekalan hingga ke akhir hayat serta menjadi pasangan bahagia hingga ke jannah.
“Saya bersyukur sangat-sangat. Alhamdulillah, Bella diberi sekali lagi peluang untuk berumah tangga. Jadi, saya doakan semoga mereka sampai ke jannah, insya-Allah,” katanya. Dalam pada itu, Adira turut menyifatkan Syed Saddiq sebagai seorang lelaki yang baik dan berharap Ahli Parlimen Muar itu merupakan pasangan yang tepat buat Bella.
“Sudah tentu sebagai seorang kakak, saya sangat gembira. Pada masa yang sama, kita juga rasa sebak. Tapi alhamdulillah, saya gembira. Untuk Syed Saddiq, saya rasa dia seorang yang baik, insya-Allah. Alhamdulillah, dia orang yang tepat untuk Bella. Apa-apa pun masalah, kena berbincang. Itu sahaja. Perkara lain, kadang-kadang kita kena lalui sendiri. Saya doakan semoga mereka bahagia hingga ke jannah, insya-Allah,” katanya.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.