Bukan autisme yang teruk, Shuib sifatkan Ayash Affan seorang budak yang ceria dan dapat berinteraksi dengan keluarga macam biasa

Advertisements
Advertisements

REDA menerima ujian dan takdir, pelawak Shuib memberitahu dia sentiasa berlapang dada apabila anak keempatnya iaitu Ayash Affan disahkan menghidap autisme ringan sejak berusia tiga tahun. Bagi Shuib atau Shahmira Muhammad, 42, anak lelakinya itu merupakan anugerah kurniaan Allah dan satu amanah yang perlu dijaga sebaiknya. Bahkan dia juga sentiasa percaya setiap ujian itu akan hadir bersama hikmah terbaik buat keluarganya dalam membesarkan Ayash.

“Walau apa pun, anak adalah anugerah dan saya bersyukur dengan apa yang Allah berikan. Saya tidak melihat ini sebagai satu kelemahan. Ini adalah hikmah Allah. Siapa tahu Ayash adalah asbab kami sekeluarga masuk syurga. Ayash juga sentiasa mengingatkan saya kepada arwah isteri. Dia adalah pengganti Siti Sarah,” katanya ketika dihubungi.

Ayash, 5, merupakan anak keempat Shuib bersama isterinya iaitu penyanyi Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19. Sebelum itu, isteri Shuib iaitu Wati atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, mendedahkan anak tirinya itu menghidap autisme dan mengetahui perkara tersebut selepas Ayash berkenaan menjalani beberapa proses penilaian klinikal seperti yang disarankan oleh hospital.

Bercakap tentang perkembangan anaknya, Shuib memberitahu Ayash masih menjalani kehidupan harian biasa seperti kanak-kanak lain di rumah. Di sebalik masalah autisme itu, Shuib juga dapat melihat keistimewaan berbeza dalam diri Ayash. “Syukur dia bukanlah autisme yang teruk. Kalau jumpa Ayash pun mesti lihat dia seperti kanak-kanak normal lain. Dia seorang yang ceria dan dapat berinteraksi dengan ahli keluarga lain seperti biasa. Cuma kadang-kadang ada masa tantrum.

Dia seorang kanak-kanak yang bijak, dia boleh menghafal dengan bagus dan mengulangi kata-kata dengan baik. Dia juga memiliki ‘telinga’ yang baik. Jadi kalau menyanyi memang tak salah nada,” ceritanya. Shuib juga memaklumkan dia mula melihat perbezaan pada Ayash sejak kanak-kanak itu berusia tiga tahun sebelum melakukan pemeriksaan kesihatan secara terperinci. “Sejak lahir memang tak nampak, cuma lepas tiga tahun itu saya lihat pergerakan bahagian kiri agak terhad. Tangan kiri pun tak boleh berfungsi macam kanak-kanak biasa,” ujarnya.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.