Pelakon dan usahawan, Hanis Zalikha berkongsi cara dirinya mengekalkan bentuk badan yang ideal meskipun sudah meningkat usia. Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Hanis berkata, faktor keturunan bukanlah punca utama tubuhnya kekal langsing. Menurut Hanis, usaha mengekalkan bentuk badan menjadi semakin mencabar apabila usia semakin meningkat.
“Saya nak kata sebab faktor genetik, tapi sebenarnya tidak juga. Semakin meningkat usia, semakin sukar untuk mengekalkan bentuk badan.” Hanis berkongsi demikian selepas menjawab pertanyaan individu bagaimana caranya mengekalkan bentuk badan. Berkongsi mengenai rutin hariannya sebelum ini, isteri kepada pelakon Hairul Azreen itu mendedahkan dia lebih menitikberatkan kawalan terhadap pengambilan makanan.
Bagaimanapun, Hanis berkata, gaya hidup sihat tidak boleh hanya bergantung kepada pemakanan, justeru dia kini mula melakukan aktiviti bersenam. “Saya makan secara sederhana (cuma pilihan makanannya pelbagai) dan saya memakai waist trainer semasa tidur. Baru tahun inilah saya benar-benar memahami kepentingan otot dan kecergasan, jadi saya baru mula nak bersenam.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.