Datang bawa bunga orkid, Kapten Amrul kongsikan detik berharga sepanjang awal perkenalan dengan Dr Fie

Advertisements
Advertisements

Selepas beberapa hari mendirikan rumah tangga, personaliti media sosial, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek bersama suaminya, Kapten Amrul Nizar Anuar berkongsi detik-detik berharga sepanjang awal perkenalan mereka. Menerusi rakaman siaran langsung di TikTok, Kapten Amrul berkata Dr. Afifah yang lebih mesra dengan panggilan Dr. Fie pernah menghadiahkannya bunga orkid sempena sambutan Hari Raya pada tahun ini. Klik sini untuk lihat video.

Pada kertas yang diberikan itu, Kapten Amrul mendedahkan bahawa Dr. Fie seolah-olah memberikan bayangan kepadanya menerusi penggunaan perkataan ‘love’. “Semasa Hari Raya dia (Dr. Fie) datang bawa bunga orkid dengan tulisan ‘Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin, Love Dr. Fie’. Kalau ada perkataan ‘love’ maksudnya memang ‘love’ lah tu. Tak lama selepas itu, Dr. Fie ada bagi lagi bunga orkid.

Saya sayang sangat dengan pemberian Dr Fie jadi saya akan simpan, mana tahu suatu hari nanti bunga yang gugur akan berputik kembali.” Terdahulu, Dr. Fie telah selamat bergelar isteri kepada Kapten Amrul pada Ahad lalu. Untuk rekod, Dr. Fie pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Nubhan pada 29 Ogos 2015, namun disahkan bercerai talak dua pada Disember lalu selepas melalui prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aafan, 7, dan Afzan Nayille, 4 tahun.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *