KETIKA ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia sedang menanti siapakah bakal perdana menteri yang baharu diumumkan, pelakon Puteri Sarah Liyana jadi perhatian apabila menyatakan hasrat bertanding sebagai calon wakil rakyat pada pilihan raya umum akan datang. Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, berkata, dia mahu bertanding bagi memperjuangkan hak dalam kalangan wanita memandangkan perkara itu dipandang remeh sebelum ini. “Lagi lima tahun nak bertanding juga.
Nak bertanding untuk pertahankan hak wanita sebab perkara itu di Malaysia tidak kuat. Kena ada seseorang yang lantang untuk bercakap buat sasaran,” katanya. Sarah mahu dalami isu politik untuk bertanding dalam PRU akan datang. Sarah meluahkan perkara itu di Instastory miliknya pada Selasa dan turut membuka undian bertanya pendapat kepada peminat tentang hasratnya itu. Impian tersebut juga seakan serius apabila isteri kepada Syamsul yusof itu mahu memulakan langkah dengan mendalami ilmu politik.
“Buat masa sekarang saya belajar dahulu tentang politik dan undang-undang. Politik yang berkaitan dengan ekonomi dan kesihatan. “Mengambil diploma atau ijazah sarjana muda untuk pengiktirafan juga adalah langkah terbaik. Mula melihat daripada aspek ini dan keperlua dari semua sudut,” katanya. Sejak beberapa bulan lalu kisah rumah tangga Sarah dan Syamsul mula menjadi perhatian ramai apabila dia memulakan langkah mengambil tindakan undang-undang terhadap Ira Kazar yang didakwa menjadi orang ketiga dalam perkahwinan mereka.
Sarah sebelum ini memberitahu sudah lebih empat tahun mendiamkan diri sebelum mengambil keputusan mempertahankan haknya. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 2 tahun. Kredit, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.