Digelar macam ni pula lepas kongsi foto dengan ibunya, sekali Puteri Balqis dedah kecewa dengan seseorang ni

Pelakon remaja, Puteri Balqis sebelum ini menarik perhatian ramai selepas berkongsi foto bersama ibunya, Norashikin Mohd Aziz di media sosial.

Digelar Sebagai L.3sbian?

Walaubagaimanapun, seorang warganet yang dikenali sebagai @OFFICIAL_OMGZAI dilihat memberikan komen kurang sopan dengan menggelarnya sebagai ‘l.3sbian’. “Dah jadi l.3sbian pulak dah.”-Komen seorang warganet.

“Selayaknya Saya Mengasihi Ibu Saya…”

Tidak berdiam diri, Puteri Balqis menerusi Insta Stories, menjelaskan bahawa dia selayaknya untuk mengasihi ibunya yang dikatakan sentiasa dikritik oleh manusia seperti warganet berkenaan. “Selayaknya saya mengasihi ibu saya yang setiap hari dik.3ji, disindir, dikritik manusia seperti anda. Semoga ibu saya yang dih.1na kerana bert.4tu, yang mengasihi, yang mengajar saya tentang erti perit kehidupan dikurniakan dengan syurga yang tertinggi kerana ketabahannya.”-Tulis Puteri Balqis Dalam pada itu, Balqis turut menyifatkan ibu kepada warganet tersebut telah gagal mendidiknya menjadi individu yang baik. Sumber, Murai.my

Hanya untuk tujuan kerja dan kongsi puisi, Puteri Balqis akui agak kekok dan takut untuk gunakan platform ni dan rupanya ini sebabnya

Puteri Balqis kini mempunyai akaun rasmi TikTok. Pelakon Puteri Balqis akhirnya membuka akaun TikTok sebagai platform berkongsi aktiviti seni dan memuat naik puisi yang ditulis. Balqis atau Puteri Balqis Aziz, 15, bagaimanapun berkongsi rasa takut membuka akaun di laman sosial berkenaan kerana sedar ramai menggunakan TikTok.

“Hello, saya Puteri Balqis. Ini adalah akaun TikTok pertama saya dan saya hanya menggunakan untuk tujuan kerja dan berkongsi puisi. Saya agak kekok dan takut untuk menggunakan platform media sosial ini kerana ramai yang bermain TikTok,” katanya.

Akaun TikTok yang dibuka hanya untuk tujuan bekerja.

Balqis atau lebih mesra dengan sapaan Aqish memuat naik video di laman sosial itu bagi memaklumkan tentang akaun rasminya yang menggunakan nama @morosechildofficial. Pun begitu, Aqish berkata, dia bersyukur kerana peminat sentiasa memberikan sokongan dan mendoakan agar pengikutnya sentiasa berada dalam keadaan baik.

“Namun, saya bersyukur kerana anda semua sentiasa menyokong saya dan saya doakan agar anda semua berada dalam keadaan baik,” ujarnya. Dalam pada itu, rata-rata warganet memberikan sokongan terhadap pelakon ini dan mendoakan kejayaannya dalam bidang lakonan selain memintanya untuk tidak mensia-siakan bakat pada dirinya. “Tahniah, Balqis. Moga terus berjaya.

Puteri Balqis takut dengan pengguna di TikTok.

“Hi Aqish, saya di sini untuk awak. Semoga Allah sentiasa bersama awak walau di mana sahaja kaki melangkah. Done follow Aqish, semoga sentiasa berada dalam lindungan Allah. Kami sentiasa sokong Aqish,” tulis pengikutnya. Sebelum ini terhadap banyak akaun palsu menggunakan nama Aqish di platform berkenaan. Sehingga kini, akaun TikTok berkenaan sudah mempunyai lebih 5,000 pengikut dan Aqish memuat naik video pertama di platform itu lima hari lalu. Sumber, Mstar Online