Bapa kepada pelakon Nad Zainal, Zainal Abidin, 63, memaklumkan keadaan anaknya kini berada dalam keadaan baik berbanding dua hari lepas. Nad yang dimasukkan ke unit rawatan rapi KPJ Ampang Puteri sejak Isnin dilaporkan berada dalam keadaan krtkl selepas mengalami jangkitan paru-paru. Menurut Zainal, pndrhn paru-paru yang dialami Nad semakin berkurangan namun ia masih dalam pemantauan rapi pihak hospital. “Setakat dua hari lalu memang keadaannya teruk bagaimanapun hari ini apa yang saya nampak ada peningkatan yang positif.
“Kita harap dia akan okey pada hari akan datang sebab doktor sudah ikhtiar rawatan yang terbaik. “Dua hari lalu dan semalam memang berlaku tetapi hari ini ia semakin berkurangan. Cuma, dia masih ‘berlwn’ dengan ubat. “Apa pun saya mengharapkan agar anak saya segera sembuh seterusnya tidak akan menggunakan alat pernafasan lagi. “Keadaan ini berpunca daripada paru-parunya, yang lain semuanya okey. Bila dia mengalami pendrhn di paru-paru, itu yang menyebabkan dia sukar untuk bernafas. “Setakat ini, apa saya lihat keadaannya bertambah baik berbanding semalam,” katanya kepada MH ketika ditemui hari ini.
Terdahulu pada Isnin, proses menguruskan Nad ke hospital dilakukan Zainal sejurus mendapati keadaan anaknya itu semakin serius. “Pada petang kejadian, saya yang mengambilnya dari rumah dan bawanya ke hospital. “Sebelum ini, dia ada mengadu sakit-sakit cuma perkara itu tidak diberitahu secara serius. Bagi Nad mungkin ia boleh baik apabila makan ubat. “Dia tidak pernah mengalami sakit yang teruk. Cuma sebelum ini dia disahkan positif covid-19 tapi tidaklah seteruk keadaan sekarang,” tambahnya. Industri hiburan dikejutkan dengan perkongsian Ungku Ismail yang memaklumkan Nad berada dalam teruk.Pelakon drama Cina Buta itu terpaksa ditidurkan selama dua hari selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi susulan mengalami paru-paru berdrh.
Semalam, Nad, 32, dilaporkan menerima rawatan di sebuah hospital swasta selepas dua hari mengalami masalah kesihatan yang dipercayai akibat simptom Long Covid. Difahamkan, Nad pernah dijangkiti Covid-19 pada 13 Mac lalu, namun tidak mengalami sebarang gejala teruk. Sementara itu, awal petang tadi pelakon Ungku Ismail memaklumkan Nad disyaki mengalami penyakit autoimun dan perlu diberikan pemantauan rapi sebagaimana dimaklumkan doktor. Kredit, Media Hiburan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.