Sepanjang berada di Mekah bagi mengerjakan umrah, ibu kepada usahawan Datuk Aliff Syukri, Rozita Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Bonda Rozita sering berkongsi perkembangannya menerusi hantaran di Instagram. Terbaharu, Bonda Rozita bercerita mengenai pengalamannya ketika bersiar-siar di Taif, sebuah bandar kecil yang terletak di bahagian barat Arab Saudi. “Taif, kota lama, banyak kaktus dan buah buahan dijual di sini. Singgah di bandarnya yang sunyi, binaan sangat lama, tak mewah. Mahal kos umrah kalau minta bawa ke mari. Saya naik kereta ronda kawasan bandar Taif waktu siang.
“Saya tak shopping macam jemaah lain… beg beranak. Tak ada apa saya nak beli. Sebenarnya, pergi ke sini mengingatkan saya kepada Sepanyol. Bezanya orang yang yang jaga prestij dan budaya. Bangsa Sepanyol tak kata pun tapi cara pentadbir negara tu penting. Pelancong suka selain alam yang cantik, heritage, bersih dan kemas. “Orang Arab keras kepala, pengotor, tak berseni mereka ni sokong ke AS. Kalau Jedah pembangunan terkini super moden, macam nak lwn Dubai,” katanya.Pendapat Bonda Rozita turut disokong oleh seorang warganet yang turut mengalami situasi yang hampir serupa. “Betul pandangan dan pemerhatian Bonda. Saya pernah tertanya-tanya sendiri kenapa negara Islam kebanyakkannya kotor… contoh orang Arab meludah sana sini, keras kepala pulak tu.
“Terbalik pula dengan negara bukan Islam sangat bersih, jujur dan peramah. Ada kawan beritahu itulah ujian untuk orang Islam. Bayangkan macam mana susahnya Rasulullah SAW nak berdakwah pada masyarakat dulu-dulu,” katanya. sesuai lah ayat Quran cakap tanda2 kmt nak dekat ( kata kawan sy semalam Jedah kawasan srng lakntllah bermula dr Jedah he he ) Yg sy perasan lah , setiap kali umrah mesti lain2 rezekinya kita jumpa – tak akan sama – hotel xsama makanan x sama. Sy xmahir tiktok tp ada tiktok juga he he – ibondarozita – tengok FYP tengok budaya negara masing2 , sekadar pengalaman sy yg x seberapa indah just share perasaan sy je.
Rupanya kalau ke Thai dgn lawak , byk pondannya pulak kalau Thai, ke London cara Uk – Msia cara Msia lah – yg arab dgn cara mereka – Tu yg sy ambik lagu ni seronok sedap didengar ..faham mmg tidak. Klik sini untuk lihat video. SUMBER, GEMPAK. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.