Bintang bola sepak kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid menitipkan satu dedikasi istimewa sempena ulang tahun kelahiran isterinya Syifa Melvin yang ke-29 hari ini. Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, dia yang juga pemain bola sepak kebangsaan itu memuat naik sekeping gambar pertama mereka sebagai suami isteri untuk tatapan pengikutnya. “Selamat hari lahir. Gambar pertama bersama. Semoga dipermudahkan semua urusan ye baby! Saya sayang awak,” tulis pemain bola berusia 26 tahun itu.
Di ruangan komen, Syifa yang juga seorang pelakon dan usahawan membalas ucapan tersebut dengan menyifatkan suaminya itu romantis serta mengucapkan terima kasih atas segalanya. “Olololo tak sangka awak se-sweet ini. Terima kasih atas semua yang telah awak lakukan, Allah sentiasa bersama awak,” balas Syifa yang juga adik kepada pelakon Syatilla Melvin. Meninjau komen lain, rata-rata rakan selebriti dan pengikut turut menitipkan ucapan hari lahir kepada Syifa selain memuji aksi ‘sweet’ dan comel pasangan berkenaan.
Sementara itu, Syifa juga dilihat berkongsi semula beberapa posting di InstaStory daripada ahli keluarga terdekat yang meraikan hari lahirnya dengan penuh kemeriahan. Terdahulu, pasangan itu selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di sebuah hotel ternama di Petaling Jaya, Selangor pada 28 November lalu. Sumber: Instagram Safawi Rasid & Syifa Melvin
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Penat simpan rahsia, Syifa Melvin tampil beri respon isu perkahwinannya tak lama lagi. Nama pempengaruh Syifa Melvin dan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid menjadi bualan ramai selepas dikhabarkan akan melangsungkan majlis pernikahan dalam masa terdekat.
Macam mana boleh kantoi?
Menerusi Instagram Live pada Selasa, Syifa memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Safawi. Bagaimanapun, usahawan kosmetik itu tidak mengesahkan tarikh 3 Disember menjadi saksi hari bahagia mereka. “Yang mana doakan kami nak kahwin itu, doakan yang terbaik. Penat kami simpan rahsia, kantoi juga. Tapi tak apa.. biar saja sebab itu kami pun diam. Kalau tarikh itu, korang nak percaya, percaya saja la. Tak tahu la macam mana boleh (kantoi). Hampa tunggu la 3 Disember ini ada tak (ketawa).”
Selesa privasi
Tambah adik kepada pelakon Syatilla Melvin, mereka selesa dengan kehidupan privasi tanpa menghebahkan selagi belum sah ikatan. Katanya, mereka risau dengan sakit ain kerana tidak semua orang suka melihat kebahagiaan orang lain.
” Kami bukan nak berahsia tetapi kena faham la. Dari awal lagi, kami nak privasi. Tak pernah pun expose kami bersama, kongsi gambar berdua ke. Yang gambar di media sosial itu mereka sunting bagi nampak kami duduk berdua. Cuma kadang-kadang masa saya buat live, Safawi akan masuk. Itu saja. Tak ada pun mengatakan kami bersama. Sebab kami takut dengan sakit ain. Tak semua orang gembira, bila kita gembira. Kalau diikutkan tak mahu bagitahu pun. Bila dah official, baru akan dikongsikan. Orang yang kahwin pun boleh berpisah. Inikan pula yang bercinta. Doakan yang baik-baik. Moga orang yang dalam live ini pun dikurniakan jodoh yang baik.
Sementara itu, usaha OhBulan! untuk mendapatkan kenyataan daripada Syifa gagal apabila WhatsApp yang dihantar tidak dibalas manakala Safawi pula hanya menjawab waalaikumussalam. Terdahulu, kisah percintaan Safawi dan Syifa menjadi bualan orang ramai, namun tiada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua-dua belah pihak yang mengatakan mereka menjalin hubungan istimewa. Sumber, Oh Bulan