Puteri Sarah Liyana tidak melepaskan peluang untuk ke konsert penyanyi terkenal dari negara seberang, Cakra Khan yang berlangsung malam tadi di mana ia dihadiri ramai peminat termasuk selebriti tanah air. Menerusi beberapa Instagram story, Sarah yang menggayakan gaun dan tudung hitam itu dilihat menghadiri konsert tersebut bersama ibu, pengurus serta pembantu peribadinya. Namun, apa yang lebih menarik perhatian warganet adalah apabila dia memuat naik gambar bersama penyanyi lelaki, MK daripada kumpulan K-Clique yang turut hadir ke konsert tersebut. Menerusi ruangan komen, sesetengah warganet menegur dan mengingatkan Sarah untuk menjaga batasnya kerana masih bergelar isteri kepada Syamsul Yusof.
Bagaimanapun, ada individu yang menggelar Sarah ‘penyondol’ memandangkan MK sudah mempunyai kekasih hati. Meskipun begitu, Sarah tidak berdiam diri dan sempat membalas komen sindiran daripada individu di sebalik fake account tersebut selepas dirinya digelar ‘penyondol’ teman lelaki orang lain. Kalau nak menyondol dia tak tunjuk dekat orang ramai kat konsert. Ibu saya ada sebelah, my PA, manager semua sebelah. Cuba lagi please.” Ada juga insan tidak puas hati melihat Puteri Sarah dibuai perasaan bahagia sewaktu hadir ke konsert Cakra Khan. Individu berkenaan mempersoalkan sama ada Puteri Sarah sudah meminta izin suami atau belum sewaktu keluar dari rumah.
“Agak-agak keluar tu, minta izin Syamsul tak… jika tidak, sesungguhnya engkau sedang dilaknat oleh para malaikat sehingga engkau pulang ke rumah,”soal individu berkenaan. Komen berkenaan telah mendapat perhatian Puteri Sarah dengan membalas adalah berdosa sekiranya seorang anak menderhaka kepada ibu bapa. Untuk rekod, Sarah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. Bagaimanapun, aktres berkenaan telah membuat permohonan pisah terhadap Syamsul di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin lalu. Mahkamah menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes tersebut.
Sumber, Beautiful Nara / MSTAR ONLINE / OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.