BINTANG bola sepak terkenal, David Beckham dilaporkan membina sebuah tandas di luar rumah bagi memudahkan tetamu yang hadir ke majlis yang diadakannya. Memetik laporan Daily Mail melaporkan, David dan isterinya iaitu Victoria bercadang membina tandas berkenaan di rumah kayu mewah mereka yang terletak di Chipping Norton, Oxfordshire. Tandas tersebut dianggarkan bernilai lebih RM52 juta (£12 juta) yang berkonsepkan terbuka agar tetamu dapat melihat pemandangan indah rumah agam pasangan berkenaan.
David, 47, berkata dia tidak mahu tetamu yang hadir terpaksa berjalan jauh ke rumah mereka semasa acara tersebut berlangsung. Buka itu sahaja, David juga dikatakan telah meminta arkitek terkenal untuk mereka membina tandas yang menjadi idamannya. Berkongsi mengenai tempat kediamannya itu, David memberitahu bahawa rumahnya dilengkapi dengan sauna, kolam renang, padang bola sepak, gimnasium dan kemah safari. Malah rumah tersebut dibeli sejak 2017 dan pasangan berkenaan telah melakukan beberapa perubahan untuk rasa lebih selesa menginap di situ.
Kredit, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.