GARA-GARA memakai baju Perikatan Nasional (PN) untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November tahun lalu, pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dikatakan kononnya menerima bayaran bagi mempromosikan parti berkenaan. Kata Aeril atau Suhairil Sunari, 35, fitnah tersebut masih berleluasa sehingga kini dan mencemarkan nama baiknya sebagai seorang individu dikenali. Enggan lagi berdiam diri, Aeril dengan tegas meminta semua pihak menghentikan tuduhan tidak berasas itu.
“Hentilah ftnh kami, penat dah nak terangkan. Yang ftnh ini daripada dulu sama saja. Tanamkan kebencian dulu, lepas itu baru minta maaf. “Memanglah mudah melafazkan maaf, tapi kesan kepada kami itu sampai bila-bila. Tuduhan yang dilemparkan ini memang sah-sah aku boleh saman. Tapi malas nak panjangkan!” katanya. Aeril menulis mengenai perkara itu menerusi laman Twitter pada Jumaat. Bersama status berkenaan, dia turut memuat naik beberapa ciapan tuduhan ditulis oleh warganet di laman berkenaan. Sementara itu, Aeril berkata dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika fitnah itu terus berleluasa.
“Tapi kalau lepas ini fitnah ini masih berterusan macam ini. Aku memang dah bersedia peguam nak saman. “Sementara proses mendapatkan alamat ip korang sedang dibuat. Apa kata kalau korang benar buatlah tdhan atau ftnh pada saya dengan sejelasnya dan report polis serta SPRM,” katanya lagi. Sebelum itu, seorang pengguna Twitter tampil membuat pemohonan maaf secara terbuka kepada Aeril dan isteri kerana telah membuat tdhan tidak benar itu.
Pelakon drama Seindah Tujuh Warna Pelangi ini mengesahkan telah menerima pemohonan maaf tersebut. Dalam pada itu, rata-rata warganet meminta agar aktor berkenaan mengambil tindakan bagi tujuan pengajaran kepada pihak lain yang berterusan menyebarkan fitnah berkenaan. Dalam masa sama, peminat juga menasihati agar Aeril dan isteri tidak lagi terlibat dengan mana-mana badan politik. “Saman saja tuan, gambar tuan dah dijadikan poster mereka. Tujuan saman adalah untuk pengajaran. “Lepas ini jangan terlibat apa-apa lagi dengan politik, sebab tidak semua orang miliki pandangan yang sama,” komen warganet.
Sumber, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.