Lepas 2 tahun mendirikan rumah tangga, Cat Farish akui dah berpisah dengan isteri

Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi dan pelakon, Cat Farish, 49, mengesahkan sudah berpisah dengan isterinya, Suriani Hassan, 37, dengan talak satu di Mahkamah Syariah Sendayan, Negeri Sembilan pada 16 Januari lalu. Cat Farish berkata, pengumuman yang dibuat sekali gus menolak dakwaan dirinya melepaskan bekas isterinya itu dengan talak tiga seperti yang didedahkan Suriani sebelum ini. Ada beberapa masalah yang terlalu peribadi untuk saya kongsikan. Cuma apabila cerita ini bertukar tangan ia jadi lain. Perpisahan itu memang berlaku tapi hanya talak satu, bukan talak tiga. Saya pun tak nak buka aib terlalu luas sebab apapun perpisahan ini bermula daripada pihak lelaki kerana lelaki yang akan lepaskan wanita. Tidak ada isteri yang melepaskan suaminya. Sumber Sinar Harian.

Apa yang boleh saya katakan, masalah dalaman memang berlaku dan kami sudah tidak dapat mengawalnya lagi. Ada konflik membabitkan anak-anak serta keluarga dan untuk saya buka aib itu rasanya tak elok sebab dia pun masih muda. Jadi, biarlah aib dia terbuka dengan sendirinya supaya saya tidak perlu mengiyakan atau menidakkan. Cuma perkahwinan tidak berlangsung dengan sempurna dan jalan yang paling selamat adalah berpisah,” katanya kepada Harian Metro. Menurut Cat Farish, dia mengambil keputusan untuk berdiam diri serta tidak mencari jalan untuk berdamai kerana masing-masing sukar mengawal emosi.

“Kenapa saya berdiam diri sebab saya tahu emosi orang, lebih-lebih lagi kalau kedua-duanya pun ibarat ‘api’, pasti akan jadi lebih teruk. Jadi, saya tunggu sampai tarikh perbicaraan di mahkamah dan hakim pun tidak cakap apa-apa, cuma nak pengesahan talak yang saya lafazkan. “Disebabkan sikap saya yang selalu cakap berulang-ulang menyebabkan perkara itu berlaku (dikatakan berpisah talak tiga). Malah, kejadian berlaku terlalu pantas memandangkan masalah yang ada sudah lama. “Cuma nak berbincang agak susah sebab kami dalam keadaan yang beremosi. Nak berdamai pun tak berjaya sebab dia awal-awal lagi sudah keluar rumah dan tinggal bersama keluarganya di Senawang, Negeri Sembilan. Saya hanya mampu memberi sokongan daripada luar.

“Saya nak berkomunikasi dengannya pun sukar sebab bila diberi peluang untuk bercakap pasti ada topik yang timbul hingga akhirnya membuatkan emosi masing-masing terganggu. Jadi, lebih baik elakkan diri daripada bercakap dan saya memilih berurusan dengan ahli keluarganya,” katanya. Ditanya mengenai pengajaran terbesar untuk perkahwinan kedua ini, Cat Farish berkata, selepas ini dia tidak akan terburu-buru untuk menikahi seseorang. Selain itu dalam perhubungan ini juga perlu dapatkan restu anak-anak. Kalau seseorang itu boleh menerima kehadiran anak dengan baik dan jujur, saya rasa tiada masalah.

Saya tak cakap bekas isteri tak terima anak saya tapi ada masalah berkaitan yang wujud. Malah, hubungan saya dengan bekas isteri menerusi perkahwinan pertama yang ibarat rakan baik sedikit sebanyak turut mengganggu hubungan yang kami bina. Terdahulu, Suriani mendedahkan Cat melafazkan talak sebanyak tiga kali dalam satu masa pada 13 Disember lalu walaupun perkahwinan mereka baru berusia dua tahun. Cat dan Suriani berkahwin pada 20 November 2020, namun mereka tidak dikurniakan anak. Sebelum ini, Cat pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli dan berpisah pada April 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 15; Eva Latheefa, 13; dan Qul Iskandar,12. – HM Online

Kredit Harian Metro PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.