Akui ada hubungan special dengan Ubai, sekali Shila Amzah dedah bila nak kahwin

Nama penyanyi Shila Amzah kembali menjadi sebutan selepas dia dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang pempengaruh terkenal media sosial iaitu Ubai. Sebelum ini, Shila dan Ubai bekerjasama dengan dua rakan lain membuat content di laman Youtube. Keakraban mereka semakin ketara apabila tampil berdua ke Konsert Mahalini Live in KL di Zepp KL pada 29 Januari lalu dan baru-baru ini ke konsert Melly Goeslaw. Kawan tapi mesra ke tu? Ke konsert bersama-sama. Lebih menimbulkan spekulasi apabila penyanyi lagu Patah Seribu ini didakwa tersasul memanggil Ubai dengan panggil ‘Yang’ ketika sesi langsung bersama-sama.

Untuk makluman, Ubaidillah merupakan seorang content creator dan mempunyai lebih 800,000 pengikut di TikTok. Di Youtube pula, dia mempunyai lebih 35,000 pengikut. Hubungan antara penyanyi, Shila Amzah bersama pempengaruh media sosial, Ubai bukan lagi rahsia apabila mereka berdua mendedahkan mempunyai hubungan istimewa selepas diasak oleh peminat. Terbaharu, pemilik nama NurShahila Amir Amzah memberitahu dia belum bersedia untuk bercerita tentang perkahwinan meskipun sedang menyulam cinta sejak tahun lepas.Memetik laporan Kosmo! Online, Shila ketika sesi siaran langsung mengatakan dia mahu memberi tumpuan terhadap beberapa perkara terutama anak tunggalnya, Seth Uwais yang kini berusia 3 tahun.

Tambah penyanyi berusia 33 tahun, belum tiba masanya lagi kerana ia memerlukan simpanan sendiri sebelum berlangsungnya perkahwinan. “Saya masih muda. Berhenti tanya saya bila akan berkahwin lagi. Saya mahu bekerja, cari duit. Saya kena ada simpanan sendiri sebelum berkahwin. “Sekurang-kurangnya tunggu sehingga Seth pandai bercakap,”ujar Shila. Dengan nada berseloroh, Shila memberitahu dia akan melangsungkan perkahwinan, sekurang-kurangnya perlu menunggu pendakap gigi (braces) yang dipakai oleh Ubai dibuka dalam masa tiga tahun lagi. “Lagipun braces Ubai pun lagi tiga tahun baru boleh buka. Jadi jangan bahas tentang pernikahan,”ujar pelatun lagu Patah Seribu.

Katanya lagi, apa yang penting sekarang ini adalah mahu membahagiakan diri sendiri terlebihi dahulu sebelum menjaga hati orang lain. Sementara itu, Shila turut memohon peminat mendoakan perkara yang baik-baik buat dirinya terutama karier seni supaya semuanya berjalan dengan lancar. TAK sampai 24 jam Shila Amzah mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pempengaruh media sosial iaitu Ubai, penyanyi berkenaan dikatakan pula sebagai perampas.

Ia ekoran Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, didakwa kerap bergandingan dengan seorang influencer wanita yang juga penyanyi menerusi beberapa video di laman sosialnya sebelum ini. Warganet mengatakan, Ubai dan wanita berkenaan sebenarnya mempunyai hubungan sehingga mendh Shila sebagai punca mereka tidak lagi bersama. Shila atau Nur Shahila Amir Hamzah, 33, berkata, sekiranya benar Ubai mempunyai hubungan dengan wanita berkenaan, dia tidak akan sesekali menganggu Ubai.Katanya, dia tidak akan sesekali memulakan sesuatu hubungan atas kesengsaraan orang lain dan itu bukan perwatakan dirinya.

“Kalau mereka bersama, saya pun tidak akan berkawan atau menganggu Ubai. “Saya tak akan mulakan sesuatu hubungan di atas kesengsaraan orang lain,” jelasnya. Menjelaskan perkara tersebut, Ubai menerusi siaran langsung di TikTok menjelaskan ramai menyangka dia mempunyai hubungan dengan individu tersebut kerana sering menghasilkan video bersama. Kata Ubai, keakraban mereka tidak lebih atas urusan kerja malah menyifatkan wanita tersebut sebagai seorang sahabat yang baik.

“Kita tidak dapat nak mengubah benda yang sudah lepas, cuma kita boleh belajar daripada kesilapan lalu. Saya dan dia, tidak bergaduh atau apa. Kami berdua baik sahaja. “Itu adalah urusan kerja dan ia sudah pun selesai. Cuma masih ada beberapa projek bersama yang akan dilancarkan tidak lama lagi,” ujarnya. Terdahulu, Ubai mengakui hubungannya dengan Shila menjadi semakin rapat selepas penyanyi itu mengalami fasa sukar dalam hidupnya iaitu selepas berpisah. Difahamkan, mereka berdua juga suda lama mengenali antara satu sama lain sejak tahun 2011 dan menjadi akrab sekitar 2014. Sekadar info, Shila Hamzah pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias namun telah berpisah pada Februari 2022 selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini sudah berusia dua tahun. Sumber: Kosmo! Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.