Mas Idayu langsung tak ada niat untuk mengkritik secara kasar sampai membuatkan individu yang dikritik bertambah buruk. Mas Idayu atau Mummy berkongsi pengalaman perjalanan hidupnya yang dikelilingi guru dan ibu bapa tegas dan garang. Biarpun memberontak ketika di usia muda namun Mas Idayu kini mengerti ketegasan daripada guru dan ibu bapanya itu membuatkan dirinya menjadi lebih baik. Dari sekolah, mummy sering dikelilingi oleh guru-guru yang tegas dan garang! Begitu juga di rumah mummy mempunyai ibu bapa yang tegas dan garang.
Masa kecil kita memberontak kerana kurang mengerti apa mahunya mereka, akhirnya kini mummy mengerti, sedikit bentakkan dan ketegasan akan membuatmu lebih baik dan dikenali Mummy tidak pernah ada niat walau sekelumit pun untuk menjerumuskan mu agar lebih buruk walau dengan cara kasar bisa membuat kalian terkenal, jalani saja. Masih panjang perjalanan kerjaya kalian semoga semua berjaya. Mas Idayu turut berkongsi video memperlihatkan dia dan penyanyi Sissy Imann berpelukan selepas tamat program realiti di sebuah televisyen baru-baru ini. Terdahulu, timbul kontroversi apabila Sissy dikatakan patah semangat selepas dikritik oleh Mas dalam program itu. Akibat insiden yang bersiaran secara langsung itu, Sissy tidak dapat menahan sebak dan terus menangis di atas pentas.
Kredit Harian Metro PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Zaki Yamani pernah kena marah dengan Mas Idayu, tak sangka ini pulak reaksi dari Jamal Abdillah. PENYANYI Datuk Jamal Abdillah dilihat hadir bagi memberi sokongan buat dua anaknya iaitu Zaki Yamani dan Yamani Abdillah yang merupakan finalis pentas akhir Famili Duo pada malam Ahad. Itu adalah kemunculan pertama Jamal memberi sokongan kepada Zaki dan Yamani sejak mereka bertanding menerusi program itu sejak 18 Disember lalu. Pada peringkat akhir itu, Zaki dan Yamani mempersembahkan lagu medley tema Anugerah Juara Lagu (AJL) Potret nyanyian asal Akim & The Majistret dan Pelukan Angkasa (Sekumpulan Orang Gila dan Shila Amzah).
Apa lebih membanggakan dua beradik itu menerima pujian daripada dua juri tetap Famili Duo iaitu Mas Idayu dan Ajai. Mas Idayu pernah marah Zaki dan Yamani, Jamal Abdillah tunjuk ‘thumbs up’. Zaki dan Yamani memberikan persembahan bertenaga. Mas Idayu berkata, segala teguran yang diberikan sejak minggu pertama menjadikan pasangan adik-beradik itu berhasil menunjukkan peningkatan drastik dalam persembahan mereka. “Mummy (panggilan Mas) suka progress awak. Dari awal awak menjunam, tapi nampak peningkatan tu. “Sebab tu kalau mummy marah maksudnya mummy mahu kamu buat yang terbaik. Malam ini kamu sudah pun buktikan kerana memang banyak peningkatan pada persembahan kamu,” katanya.
Malah, Mas turut bertanyakan kepada Jamal sama dia menyimpan perasaan marah sekiranya dia memarahi dan menegur kedua-dua anaknya itu. Jamal bagaimanapun menunjukkan thumbs up sebagai tanda dia tidak mempunyai sebarang masalah jika anak-anaknya dimarahi atas teguran yang diberikan Mas. Untuk rekod, selain Zaki dan Yamani, pentas akhir Famili Duo turut menampilkan barisan finalis termasuk Sissy Imann dan Naim Daniel, Wanie Kayrie dan Bella Astillah serta Ayda Jebat dan Fyna Jebat. Program peringkat akhir itu sedang bersiaran secara langsung di TV3.
Dua beradik, Zaki Yamani dan Yamani Abdullah mencipta kejutan apabila diumumkan juara musim kedua Famili Duo yang disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, malam tadi. Dengan kemenangan itu, anak kepada penyanyi tersohor, Datuk Jamal Abdillah membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000. Bertemakan Anugerah Juara Lagu (AJL), segmen pertama menyaksikan pasangan duo ini menyampaikan lagu medley Potret yang dipopularkan Akim & The Majistret dan Pelukan Angkasa (kumpulan S.O.G). Untuk segmen kedua bertema bebas, Zaki dan Yamani menyanyikan lagu Medley Hutang dendangan Floor 88 & Bunga serta Kau Pun Sama (Syamel).
Naib juara disandang Fyna Jebat dan Ayda Jebat yang menerima ganjaran wang tunai RM20,000. Wany Kayrie dan Bella Astillah hanya mampu berpuas hati menduduki tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM15,000. Tempat keempat dimenangi Sissy Imann dan Naim Daniel yang membawa pulang wang tunai RM10,000. Pasangan lain yang turut menyertai program terbitan TV3 itu adalah Ara Johari dan Shaffiq Erwin (sepupu); Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique (adik-beradik) dan Siti Sairah & Siti Saida (adik-beradik). Penonton turut dihiburkan dengan persembahan Khai Bahar dan Nabila Razali manakala Janna Nick dan Sean Lee bertindak sebagai pengacara. Pemarkahan peserta ditentukan juri tetap iaitu Mas Idayu dan Ajai dengan nilai markah 80 peratus manakala baki adalah menerusi undian atas talian penonton. Sumber, bharian.