Guna duit bapa mertua untuk bayar peguam, sekali ini respon balas dari Puteri Sarah buat ramai yang terdiam

PELAKON Puteri Sarah Liyana menyangkal dakwaan kos guaman yang dilantik bagi menguruskan kesnya bersama suami iaitu Syamsul Yusof dibiayai oleh bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam. Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, menjelaskan tuduhan itu diperkatakan susulan dakwaan dibuat dipercayai oleh ahli keluarga madunya, Ira Kazar. Aktres itu menerusi Instagram miliknya turut memuat naik tangkap layar perbualan mesej seorang individu menggunakan nama Naem Kaza yang mendakwa Yusof membayar kos guaman Puteri Sarah.

Dakwa individu itu dalam mesej berkenaan, Puteri Sarah Liyana bukan orang kaya seperti disangka. Dalam pada itu, Puteri Sarah menjelaskan bahawa tiada siapa yang menampung kos guamannya melainkan dirinya sendiri yang bekerja keras demi menuntut hak sebagai seorang isteri. “SubhanAllah, jiwa-jiwa ini tak aman lagi ke? Saya masih di Dubai bergembira di sini dan warganet berkongsi perkara ini kepada saya. “Allah tahu bagaimana saya bekerja keras menuntut hak saya. Allah tahu macam mana saya bekerja kuat mencari duit. “Senang-senang sahaja belah sana bercerita kata peguam saya, Syamsul bapa mentua yang bayar,” katanya.

Puteri Sarah berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran dimuat naik di Instastory miliknya pada Jumaat. Dalam pada itu, Puteri Sarah memberitahu sekiranya pihak keluarga Ira tidak berpuas hati dengan dirinya mereka boleh berbincang melalui peguam. Katanya, Ira sudah pun mendapatkan apa yang dimahukan dan memberi amaran kepada madunya itu agar keluarganya tidak ingkar perintah injuksi. Sarah kini sedang bercuti di Dubai. “Kalau tak puas hati cakap dengan peguam saya. Mula-mula bapa, lepas itu kakak, ini abang pula. Lepas ini siapa pula yang nak keluar kenyataan?

“Satu keluarga ini dah kenapa? Dah dapat Syamsul duduk diam-diam. Dah kena perintah injuksi masih tak boleh berhenti lagi ke? Korang nak apa sebenarnya?” ujarnya. PAKAR motivasi terkenal, Datuk Mohd Fadzilah Kamsah menitipkan kata-kata semangat buat pelakon, Puteri Sarah Liyana yang kini berdepan dengan dugaan rumah tangga. Menerusi akaun Instagram, Puteri Sarah meluangkan masa bercuti di Dubai Desert Safari bersama anak-anaknya iaitu Syaikhul dan Sumayyah. “Tenangkan dirimu dalam segala situasi karena ketenangan adalah kekuatannya,” kongsinya.

Bagaimanapun, kapsyen itu telah menarik perhatian pakar motivasi berkenaan yang kemudian membalasnya dengan kata-kata positif. “Benar, nak. Ramai orang hari ni minta cari kekuatan. Tetapi bila dapat kekuatan, ujian juga bertambah kuat. “Bila dapat kekuatan, belum tentu tenang hatinya. Namun bila dapat tenang, maka kuat hatinya. Selamat bermusafir dan mencari diri ya nak,” tulis beliau. Dalam pada itu menerusi ruangan komen yang sama, ibu mentuanya, Datin Patimah juga turut menyatakan perasaan sebaknya selepas melihat foto percutian itu. “Membawa diri dan anak-anak hingga ke padang pasir,” tulisnya beserta emoji sedih. Sementara itu, pengikut Instagram Puteri Sarah juga memberikan ucapan semangat buat dirinya serta ibu mentua. “Hatinya terlalu sakit, mungkin sedang melawan segala derita jiwanya. Semoga Allah melindungi Puteri Sarah dan anak-anak,” komen seorang pengikut.

“Nampak je gembira, dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Datin kekuatan cucu-cucu dan menantu. Satu dalam sejuta, mak mentua baik pun satu rezeki buat Puteri Sarah,” tulis seorang lagi. Untuk info, netizen melabelkan Puteri Sarah sebagai wanita hebat keran memperjuangkan haknya sebagai seorang isteri susulan konflik rumah tangganya bersama pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof. Konflik tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya. Bagaimanapun pengakuan Syamsul membuatkan topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga ‘trending’ dalam media sosial.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3. kredit: astro awani. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.