Penyanyi Zaki Yamani bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini dan menyedari kesibukan kerjaya seninya Zaki, 17, atau Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah mengambil inisiatif dengan mengikuti kelas tusyen. Pastinya, pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI menjadi pilihannya sejak penghujung tahun lalu. Zaki yang juga pemenang program Famili Duo musim kedua bersama abangnya Yamani Abdillah berkata, dia mahu memantapkan lima subjek sebagai persediaan SPM iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Sains.
“Saya mengikuti kelas di PTTI sebab mahu memberi fokus pada lima subjek. Ini kerana, saya mahu ‘kejar’ semula pelajaran yang banyak tertinggal ekoran terbabit dengan kerjaya seni. Saya fikir, sibuk macam mana pun saya bekerja, pelajaran tetap menjadi keutamaan. “Alhamdulillah, saya bertuah kerana cikgu di PTTI semuanya ‘sporting’ dan banyak membantu termasuk rakan-rakan di situ. Pendek kata, saya tak berasa terasing pun. Malah mereka menyambut baik. “Diakui pada awal kelas tu agak kekok juga, tapi apabila dah lama saya mula faham apa yang diajar. Sesi yang diikuti memberi banyak kesan pada prestasi pelajaran saya. Macam subjek Matematik misalnya, ada peningkatan. Kalau soalan dari cikgu di sekolah, saya boleh jawab lebih baik berbanding dulu,” katanya.
Bukan sahaja pelajar, malah Zaki turut dipilih sebagai Ikon PTTI. Sehubungan itu, Zaki berkata, dia perlu memberikan contoh terbaik kepada semua pelajar baik dari segi disiplin mahupun keputusan peperiksaan. “Sejujurnya saya sangat teruja apabila PTTI ambil saya sebabai ikon mereka. Saya tak pernah dapat tawaran macam ini. Jadi, sebagai ikon saya kena buktikan layak digelar ikon.“Sebab itu saya kena belajar bersungguh-sungguh kerana orang akan berikan perhatian pada kita. Bukan saja pelajaran tapi juga disiplin dan tingkah laku kita. Seperkara yang saya suka di PTTI adalah mereka ajar kita lebih berdisiplin untuk datang ke kelas mengikut jadual ditetapkan.
“Untuk SPM 2023 saya menyasarkan 7A. Insya-Allah, kalau ada rezeki. Kalau tidak dapat, tak apa. Apa yang penting semua subjek lulus,” katanya lagi. Dalam masa sama, Zaki yang bercita-cita menjadi pensyarah berpesan kepada semua remaja dan golongan selebriti yang masih bersekolah untuk tidak mengabaikan pelajaran. “Kepada golongan selebriti yang masih bersekolah, sibuk macam mana pun bekerja, kena cari tempat dan luangkan masa untuk menghadiri kelas tambahan atau tusyen untuk ‘cover’ semula apa yang tertinggal di sekolah.
“Selain ada kemahiran dalam bidang seni, perlu juga ada ilmu. Bukan apa, andai satu hari tidak terbabit dengan seni dan tidak menyambung pelajaran, sekurang-kurangnya kita tetap berilmu. Jadi, jangan sesekali abaikan pelajaran kerana ia akan membantu pada masa hadapan,” katanya. Bersempena kemenangan Zaki dalam Famili Duo baru-baru ini, PTTI turut menawarkan 10,000 buku percuma untuk semua pelajar SPM di seluruh Malaysia. Sumber, MH. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.