Fikir dulu sebelum muat naik dalam media sosial. Pandangan Peguam Nor Zabetha. “Saya ni kan Membaca update pasal video Ali Puteh. Satu perkara dalam kepala saya. Hari itu, dia baru diarahkan oleh mahkamah untuk membayar ganti rugi kerana tindakan fitnah oleh bekas kakak iparnya. Jumlah ganti rugi yang perlu dibayar RM60,000. Kemudian, kali ini dia muat naik video lagi. Kalau dalam video itu, semua penonton faham gambaran dan penyampaian yang cuba disampaikan berkenaan bekas kakak iparnya. Adakah dia dapat menyokong dan membuktikan bahawa kenyataan tentang garam, daun itu sebagai sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh bekas kakak iparnya dan dengan niat tertentu?
Dalam video itu, cukup sekali lagi elemen-elemen bagi tuntutan saman ftnah iaitu terdapat tdhan ftnh yang ditujukan dan merujuk kepada orang yang diftnh (bermakna kita tahu siapa yang dia rujuk itu) dan disampaikan pada pihak ketiga atau umum. Dia sudah pernah disaman. Dia sudah lalui proses di mahkamah. Dia sudah cukup tahu bagaimana Mahkamah memutuskan sesuatu perbuatan ftnh itu. Dia pasti tahu elemen fitnh itu apa kerana telah sendiri melalui proses soal balas di mahkamah sewaktu perbicaraan. Kenapalah dibuat kesilapan itu berulang-ulang kali. Kan menjerat diri. Perbuatan ftnah ini, boleh dituntut mengikut jumlah kenyataan ftnh. Kalau pernah disaman dan mahkamah mengarahkan membayar bukanlah satu tiket tidak disaman lagi. Setiap kali keluar kenyataan, setiap kali itulah boleh disaman.
Video dimuatnaik telah dirakamkan dan dipadamkan tetapi telah dikongsikan oleh orang ramai. Pernah sekali dulu saya mewakili kes anak guam di mahkamah. Antara hujah yang digunakan adalah status yang dimuat naik tersebut, tidak mendapat reaksi yang ramai. Oleh itu, pembacanya tidak ramai dan memandangkan kedua-dua pihak terlibat bukanlah ‘public figure’. Oleh yang demikian, kesannya tidak cukup kuat dan ganti rugi sepatutnya tidak tinggi. Tetapi mahkamah berpendapat “Di zaman media sosial ini, apa sahaja yang dimuatnaik dalam media sosial adalah dianggap boleh dibaca orang ramai. Bermakna sekali menekan butang muatnaik atau share, adalah dianggap ditularkan dan disampaikan ke pihak ketiga untuk ditularkan”.
Kalau hendak buat sesuatu perkara. Pikir dahulu. Ada perkara elok berbincang sesama sendiri dan bukan dimuatnaik di media sosial dahulu.” Sumber : Facebook Nor Zabetha. Untuk info Nor Hidayah menfailkan saman ftnh terhadap Ali pada Mei 2020 berhubung kenyataan dibuat pelawak itu menerusi akaun Instagramnya yang mendakwa wanita itu seorang isteri tidak bertanggungjawab selain tamak harta suaminya. Setelah dua tahun, Nor Hidayah memenangi kes tersebut dan Ali diperintahkan membayar ganti rugi RM60,000 kepada kakak iparnya. Semalam, pelawak Ali Puteh mendakwa menjumpai taburan garam kasar, kulit limau, daun yang dah dicarik serta bngk mengkarung di sekeliling rumah selepas kakak iparnya, Hidayah, pulang.
Pelawak ini mengucap panjang bertanyakan motif amalan itu dibuat. Ali berkata dia sama sekali tak takut dengan barang-barang yang ditabur itu meskipun dia harus mrti. Difahamkan, pada pagi Jumaat Hidayah dan keluarga datang bersama peguam ke rumah peninggalan arwah Abam Bocey namun tak disambut penghuni rumah. Video perkongsian Ali Puteh itu bagaimanapun telah dipadam kurang satu jam selepas ia dimuat naik. Perkara itu dah tentu menimbulkan tanda tanya orang ramai sama ada betul ke dakwaan tu.
Sumber, Kosmo. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.