Kemenangan penyanyi, Alif Satar bersama kumpulannya The Locos (ASTS) di Anugerah Juara Lagu yang ke-37 (AJL37) sebenarnya turut mengejutkan Alif Satar sendiri apabila rakaman video dia terkejut selepas diumumkan sebagai pemenang tular. Alif Satar dan kumpulan The Locos (ASTS) menyanyikan lagu berjudul Anugerah Terindah dan telah diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga AJL37 sekali gus membawa pulang trofi berserta wang tunai berjumlah RM30,000. Namun begitu, satu perkongsian mengenai penyanyi ini nampaknya membuatkan ramai menghujani komen memberikan pujian terhadap sikap Alif Satar yang sebelum memenangi anugerah tersebut sempat belanja team Anugerah Juara Lagu yang ke-37. Klik sini untuk lihat video.
“Sehari sebelum AJL37 Alif belanja semua tenaga kerja AJL, berkat belanja dapat Anugerah,” tulis pemilik akaun bernama davonheraff tersebut yang turut menarik perhatian apabila team AJL37 juga dilihat seronok. Alif Satar dalam rakaman tersebut membuat pengumuman di hadapan ramai dan tindakannya itu membuatkan dia menjadi perbualan di media sosial apatah lagi keesokan hari pula, dia menang anugerah. Selain sikap bagus Alif Satar menjadi perbualan diruangan komen, nampaknya kasut yang dipakai oleh penyanyi ini juga dibualkan segelintir peminat yang tertarik dengan tinggalkan beberapa komen. ‘Harga kasut lagi mahal dari makanan tu semua, korang rilek je’
Sumber, TTK. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.