Ingat pesan abah, Nana Mahazan kongsikan tips untuk kekal bahagia dari abahnya

Penyanyi, pengacara dan usahawan Nana Mahazan tampil menyentuh hati ramai warganet selepas berkongsi tips bahagia, baru-baru ini. Menerusi perkongsian di Instagram, Nana telah mendedahkan tiga peraturan kehidupan yang sering diingatkan oleh bapanya, Mahazan untuk kekal bahagia dalam kehidupan. Menurut Nana, sekiranya setiap orang memahami tiga peraturan tersebut mereka dapat menjalani kehidupannya dengan tenang dan senang. Ini adalah pedoman saya yang saya selalu pegang. Bapa saya selalu ingatkan saya 3 Rules in Life ni. Kalau tiga perkara ni kita tahu, kita akan lebih tenang, senang dan Insha Allah kita akan menang. Klik sini untuk lihat video.

Yang pertama, apa yang bapa saya pesan kita kena faham manusia adalah berbeza-beza. Cara pembesarannya, environment, cara kefahaman, tahap pembelajarannya berbeza. Bila kita faham perkara itu, kita tidak akan stress. Kita tak perlu persoalkan kenapa perlu macam tu. Kita selalu fikir orang kena sama dengan kita tapi percayalah, manusia berbeza-beza,” katanya. Dalam pada itu, Nana turut berpesan agar tidak terlalu meletakkan sebarang harapan terhadapa orang sekeliling bagi mengelakkan rasa kecewa. Rules yang kedua, jangan expect anything from sesiapa. Maksudnya kita kenalah buka hati dan minda kita, bersikap terbuka menerima apa yang berlaku.

Kita punya pengharapan hanyalah kepada Allah yang satu tu betul. Tapi bila kita letak banyak pengharapan pada orang tapi orang tak deliver macam mana yang kita mahu, kita akan lebih mudah kecewa. So, konsep dia adalah kita kena selalulah berlapang dada, berfikiran baik, berfikiran terbuka, Insha Allah, kita akan lebih tenang, senang dan menang,” jelasnya. Malah, dia juga sempat mengingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan kelebihan orang lain yang boleh menyebabkan dirinya kurang keyakinan dalam sesetengah perkara.

Point yang ketiga, jangan biarkan orang lain dictate apa yang kita rasa. Jangan biarkan orang lain tukar mood kita. Jangan biarkan orang lain pengaruhi apa yang kita rasa. Maksudnya kita jangan mudah memberikan diri kita dipengaruhi oleh orang lain. Contoh even yang simple kat di media sosial kita rasa macam kita kecil bila tengok perkongsian orang lain. Kita menjadi orang yang live with people validation. Kalau you guys betul-betul faham, Insha Allah kita akan lebih tenang, senang dan menang (bahagia),” katanya.

Sumber, Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.