Baru pulang dari Umrah, tapi reaksi Lila bila jumpa dengan Awal buat warganet sebak

Pastinya berat untuk berjauhan dengan anak-anak walaupun untuk menunaikan umrah di Tanah Suci yang merupakan pengorbanan buat pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya. Menerusi hantaran di Instagram (IG), Awal memuat naik video cahaya matanya yang kedua, Lila Amina yang menangis sejurus melihat Awal kembali ke rumah selepas beberapa hari di Tanah Suci. “Agak-agak makan jam ke, makan hari ke makan bulan nak jadi bestfriend balik ni?” Dalam video itu, Awal kelihatan cuba untuk memujuk Lila dengan mendukung dan berborak dengannya. Hal ini meraih perhatian warganet yang turut sebak dengan reaksi Lila yang masih kecil merindui ayahnya. klik sini untuk lihat video.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyatakan bahawa Lila merindui ayahnya dan tidak dapat diungkap dengan berkata-kata kerana masih terlalu kecil. Walau bagaimanapun, terdapat rakan artis seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Sherry Al-Hadad yang turut merasakan sebak anak kecil itu yang menahan rindu. Sumber, Ohbulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Gelagat Lara Alana tarik perhatian ramai, Lara tampil muat naik sesuatu sampai buat ramai yang terhibur. Setiap anak perempuan mesti tidak lengkang dengan peralatan solek jika dia melihat mak-maknya suka bersolek. Mana taknya, solekan merupakan perkara wajib sebelum keluar rumah oleh para-para ibu sekalian.

Ramai yang tertarik dengan aksi kelucuan anak sulung Awal Ashaari dan Scha Alyahya iaitu Lara Alana yang berusia 8 tahun ini sedang bermain alat solek yang seakan-akan tengah membuat live tutorial di Instagram miliknya. Namun, apa yang mencuit hati adalah keadaan kamera yang yang sedikit kebawah yang membuatkan posisi mukanya hanya dilihat bahagian hidung ke atas. Membuat si cilik itu terpaksa mendonggak keatas untuk menampakkan mukanya.

Rata-rata warganet terhibur dengan gelagat anak dara pasangan pelakon ini dan memberi komen yang positif. Biasalah anak-anak kecik suka mencuba perkara baharu yang sering mereka lihat. Mungkin Lara sering melihat ibunya bersolek, dia pun nak juga bersolek. Tetapi, gaya Lara ini sudah kelihatan pro, mesti hari-hari solek ni. Sekadar Info, Lara Alana atau nama sebenar Lara Alana Ahmad Awaluddin merupakan anak sulung kepada pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya. Lara juga pernah menang dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-29 dalam kategori Personaliti Media Sosial Popular pada 2016.