Pelakon, Sharnaaz Ahmad dilihat meluahkan rasa rindu terhadap anaknya, Jebat Jayden yang kini berada di Tanah Suci. Menerusi posting Sharnaaz di Instagram, pelakon ‘Juvana’ itu mendoakan anaknya selamat menunaikan umrah. Selain berdoa perkara yang baik, Sharnaaz turut memberi ucapan terima kasih buat bekas isterinya, Noor Nabila kerana bawa anak mereka ke Tanah Suci. Tambah Sharnaaz, dia berharap Nabila akan sentiasa dilimpahkan rezeki selepas ini. “Selamat menunaikan umrah anak baba. Permata baba, buah hati baba, best friend baba. Nyawa baba @jebatjayden. I miss my boy now. Terima kasih mummy @noornabila bawa jebat ke Tanah Suci. Semoga bertambah rezeki.”
Terdahulu, Neelofa dan suaminya Haris Ismail (PU Riz) turut memberitahu bahawa mereka bakal menunaikan umrah bersama anak mereka iaitu Muhammad Bilal. Tambah PU Riz, keluarga di sebelah isterinya ramai yang turut serta trip umrah pada kali ini termasuk Nabila dan Jebat. Sumber, Oh Bulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Sikap Sharnaaz Ahmad dapat pujian ramai, walaupun dah berpisah tetap datang untuk tengok anak nak ke Tanah Suci. Umum sedia maklum dengan kemesraan dan curahan kasih sayang pelakon berbakat besar, Sharnaaz Ahmad terhadap anak tunggalnya, Jebat Jayden, yang kini menginjak usia lima tahun pada Ogos nanti. Meskipun rumah tangga selebriti kelahiran Pulau Mutiara bersama kakak kepada aktres tersohor, Neelofa iaitu Noor Nabila sudah lama menemui titik noktah, mereka masih berkawan baik demi Jebat. Malah, Sharnaaz juga akui bahawa anaknya adalah sumber kekuatannya dan siapa dirinya pada hari ini dalam berusaha menjadi seorang yang lebih baik. Terbaharu, tular sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan keperibadian aktor berusia 37 tahun sebagai seorang bapa bertanggungjawab menghantar anaknya menunaikan ibadah umrah. Klik sini untuk lihat video.
Dalam hantaran tersebut, Sharnaaz dilihat melayan kerenah Jebat yang berada dalam baby stroller di hadapan kaunter daftar masuk dekat lapangan terbang. Walaupun video berkenaan mengkhususkan kepada anak Neelofa, Muhammad Bilal, namun lain pula jadinya apabila ramai warganet lebih menumpukan akan kelibat Sharnaaz di situ. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Sharnaaz yang sanggup mengetepikan soal kerja demi seorang anak yang bakal berlepas menunaikan ibadah umrah.
Selain itu, ada juga warganet membandingkan sikap Sharnaaz dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof yang dikhabarkan tidak nampak kelibatnya di lapangan terbang sewaktu anak-anaknya, Syaikhul dan Sumayyah pergi menunaikan umrah. Sementara itu, ketiadaan kelibat suami Noor Nabila iaitu Engku Emran di lapangan terbang menjadi bualan warganet.
Untuk rekod, Sharnaaz mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Jebat Jayden. Sumber, Omm.